Monday, June 29, 2009

SUDAH-SUDAH LAH...


Dulu ada orang menyuruh DSAI bertaubat. Bila Pulak agaknya nak menyuruh TGNA ni bertaubat.

Banyak sangat agenda sehinggakan kepala berserabut. Siapa yang sebenarnya TGNA ? Kalau dulu DAp disamakan macam syaitan. Sekarang berkawan pula dengan syaitan tersebut. Apa semua disebalik TRAGEDI ini. Nampaknya syaitan telah berjaya untuk mempengaruhi anak cucu Adam.

Kesian TGNA, bantulah dia. Kembalikan dia ke jalan yang lurus. Dia sebenarnya keliru yang teramat sangat. Musuh dan sahabat pun sudah sugar untuk dibezakan.


TGNA, Kembalilah ke Jalan yang BeNar. Akuilah kesilapan jika bersalah. apa nak dimalu, yang sudah tu sudahlah. Sedarlah sementara masa masih ada. Jangan suatu hari nanti anak cucu nak mengaku warispun terasa bersalah.


TRAGEDI yang berlaku hari ini adalah kesan dari TRAGEDI terdahulu. TRAGEDI hari ini akan meninggalkan kesan kepada TRAGEDI pada masa akan datang.


SAYANG AGAMA, SAYANG BANGSA, SAYANG NEGARA

Sunday, June 28, 2009

Nak Berdebat Apa lagi..

Selalu Bercelaru. Waktu nak kata sesuatu tak pernah nak fikir dahulu baik buruk. Bila dah terlepas cakap nak kena pertahan pulak. Bila dah pusing tak lepas mula la nak menyalahkan orang lain. Yang tak berdosa pun dikatakan berdosa.

Pihak yang tidak bersalah diminta mengaku salah dan minta maaf. Macam mana ni ? Apa dah jadi TGNA. Tuhan memberikan kelebihan kepada TGNA tetapi mungkin kerana dendam, kelebihan disalahgunakan.

Hari ini TGNA cabar PM Najib berdebat. Nak berdebat apa lagi.? Tak cukup lagi debat sebelum-sebelum ini ? Tak cukup di mana lagi ? Tak jelas dimana lagi ?

Bila tak dilayan menjadi-jadi. Bila dilayan makin menjadi-jadi pula.

Siapa patut bertaubat sebenarnya ?

MENANTI HARI-HARI ESOK YANG BELUM PASTI.....




8 JULAI 2009 ( RABU )


Satu filem yang bakal menggegarkan seluruh 'pawagam'. Menampilkan Pakatan pelakon yang telah memenangi beberapa ' kategori ' sejak kebelakangan ini.

Sinopsis filem..
Perjalanan cerita masih sama seperti yang sudah-sudah... Penjahat yang di angkat sebagai hero.
Watak utama kononnya dituduh melakukan perkara di luar tabii. Beliau didakwa dengan bukti-bukti yang dilihat rekaan semata-mata. ( walaupun bukti JELAS ).

Melalui kepandaiannya/kebolehannya/ ketemberangannya si tertuduh akan memanipulasikan fakta dengan mengetengahkan AUTA untuk mengaburi Hakim dan Juri.

Saksikan sendiri di pawagam untuk aksi yang lebih menarik



Wednesday, June 24, 2009

PUNCA SEGALA MASALAH

Bila niat yang jahat menguasai diri.
Bila diri tidak pernah puas.
Bila kepuasan tidak dipenuhi.
Siapa yang menjadi Petualang sebenar ?


Punca semua masalah bermula dari sini...

Agama di ketepi,Bangsa di khianati, negara dipermainkan.














SIAPA MAIN WAYANG



Siapa main Wayang sebenarnya ? Nak kata siapa salah sebenarnya. sebagai orang yang mempunyai fikiran yang waras, kita tentunya dapat menilai dan melihat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Kalau dulu, TGHA mencetuskan idea kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, hari ini TGHA sendiri menafikan malah menuduh UMNO sengaja memfitnah dan memutarbelitkan Kebenaran. Kita sendiri pun tidak faham mengapa tangan yang dihulur tiba-tiba ditarik balik.

Semua rakyat menantikan perdamaian, permuafakatan serta perpaduan dijalin antara sesama umat melayu @ Islam. Di bandar, desa, dan seluruh pelusuk negara menantikan peristiwa bersejarah ini berlaku. Tetapi ada pula tangan-tangan kotor dan lidah bercabang yang menjadi penghalang.

Bukan UMNO yang menghulur tangan dan mencetuskan idea. TGHA @ PAS yang memulakan, UMNO cuma menyambut. Tetapi malang menimpa UMNO, nyiru yang ditadah dimasukan racun. Mana tidaknya, demi menjaga hubungan yang penuh LAKONAN, PAS terpaksa memburukan UMNO sekali lagi. UMNO pula dituduh pendusta, sengaja memfitnah untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat

Semua orang PAS tahu, Semua orang UMNO tahu, Semua Rakyat tahu.

Siapa dibelakang PAS, siapa yang mendesak PAS, Siapa yang mengugut PAS.

Lihat saja semasa sidang akhbar, Siapa dibelakang Presiden PAS. Mana pemimpin-pemimpin PAS yang lain ?


Fikir-fikirlah ....

Thursday, June 18, 2009

PERPECAHAN MELAYU MAKIN TERUK...






SEMUA ORANG MELAYU HARUS SEDAR.

KAUM MAJORITI AKAN MENJADI MINORITI JIKA PERKARA INI TIDAK DIBERIKAN PERHATIAN.

SEMUA HARUS SEDAR, BUMI INI BUMI MELAYU. NEGARA INI BERTUAN MELAYU.

JANGAN PULA MELAYU MENJADI PENGHAPUS MELAYU.

Jalan Perpaduan


Politik Malaysia hari ini diwarnai dengan idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato Seri Hadi Awang. Idea ini jika dilihat mempunyai maksud yang mendalam.


Kerajaan Perpaduan akan menggabungkan UMNO dan PAS dan seterusnya BN dan PR. Namun begitu lontaran idea ini sukar di terima oleh sebahagian pihak. Bagi mereka idea ini amat melampau dan tidak mungkin akan terjadi.

Bagi Pemimpin-pemimpin PAS yang berkeras menentang idea ini ialah TGNA. Sebagai seorang yang disanjung Ilmu agamanya, sukar sangatkah TGNA untuk berkompromi dalam Pembentukkan Kerajaan Perpaduan. Rasanya tidak ada cacat celanya jika idea ini di teruskan. Tentangannya cukup hebat sehinggakan Pencetus Idea ini pun diberi amaran untuk berhenti memperkatakan idea ini.



Semua orang amat dahagakan penggabungan antara parti siasah melayu terbesar ini.

Kalau masih ingat, DSHA merupakan orang yang paling lantang mengkritik UMNO. tetapi kini beliau melontarkan satu idea untuk menggabungkan UMNO dan PAS. Pasti ada sesuatu yang telah disedari oleh beliau. Pasti ada keinsafan dari beliau.

Tidak mungkin jika hanya perkara kecil beliau mengutarakan idea Kerajaan Perpaduan ini.


Kita harus dan wajib berfikir secara logik dan positif serta menyokong usaha yang dilakukan ini. Demi untuk masa depan. Demi anak-anak dan cucu cicit pada masa akan datang.

Wednesday, June 17, 2009

PERBETULKAN NAWAITU...




Apa beza antara keduanya ?
Yang satu tu haiwan. Yang satu tu Manusia.
Tapi apa beza perangai keduanya ?
Kedua-duanya tiada beza. Tetap setia pada TUANNYA.
Kucing kalau dibelai, jinaknya makin menjadi-jadi.
Manusia kalau dimanja-manja, makin menjadi perangainya.
Hari ini, apa yang berlaku menunjukan Bukit Gantang yang dimanja-manja, disanjung-sanjung, melakukan perkara yang diluar jangkaan ( bukan diluar txxxx)
Siapa dibelakang beliau..
Bukanya bersikap fanatik kepada bangsa. Tetapi perlu ditegaskan bahawa Wajah disebalik kelakuan ini adalah dari musuh-musuh bangsa kita.
Dimana maruah bangsa kita, jika sahabat kita ini dipergunakan , digula-gulakan oleh musuh kita untuk memporak perandakan , melaga-lagakan sesama kita.
Kita mungkin tidak kisah jika apa yang berlaku di parlimen tempoh hari dilakukan oleh orang dungu @ bodoh, tetapi ianya dilakukan oleh seorang yang berprofil tinggi @ terlebih pandai.
Tidak sampai sehari menjadi ahli Dewan Rakyat sudah menunjukkan kebiadapan. Dimana adab dan kesopanan seperti yang diperkatakan didalam Rukun Negara. Dimana Ilmu keagamaan yang diperturunkan oleh TGNA.
Mungkin mencari publisiti. tetapi banyak lagi tempat yang boleh. Pergi saja ke Chow Kit. Lepaskan geram disana.
Ada sahabat yang memberikan pandangan. Antara golongan yang akan masuk syurga apabiala kiamat nanti adalah terdiri daripada orang yang hilang akal @ gila. Adakah MP ini ingin menjadi seorang yang gila dan seterusnya dapat masuk syurga dengan mudah. Sepertimana jika mengundi PAS akan dapat masuk syurga. Bukan niat hendak mempersendakan hukum tuhan. Tetapi perbuatan yang dilakukan menimbulkan kesangsian.
Nasihat kepada MP tersebut, kita masih berTuhankan ( ALLAH ) yang satu, BerNABIkan ( MUHAMMAD s.a.w ) , AL-QURAN sebagai pedoman. Apa yang baik kepada kita janganlah dibantah. Yang sudah tu sudahlah. Pertimbangan yang waras harus diutamakan.

Tuesday, June 16, 2009

MUAFAKAT ATAU HANCUR

Muafakat kita tidak cantik. Yang mudah nampak, keburukan. Mudah melebel orang.Warna itu siapa.Kulit itu siapa. Dalaman kita tidak cantik. Timbul perasaan iri hati antara satu sama lain.

Nak bergaduh mudah. Nak berbaik susah.

Akhir zaman kita akan mudah diratah oleh musuh. Kita ramai tetapi musuh tetap disekeliling. Seperti orang lapar yang mengerumuni makanan. Menunggu masa untuk menyerbu.

Kekuatan umah kita tidak berkualiti. Pegangan kita makin longgar.
Macam mana nak bersatu kalau yang remeh temeh pun kita bergaduh.
Macam mana nak bersatu kalau benda-benda kecil pun diperbesar-besarkan.

Ada Al-Quran yang dijadikan panduan pun kita masih bergaduh. Walaupun kita ini berNabikan Muhamad yang satu, Berkiblatkan Kaabah yang sama tetapi tidak dapat bersatu.

Yang mudah pecah belah adalah orang Islam. Orang / Kaum lain atas kertas sahaja bergaduh. Dibelakang semuanya baik dan teratur.
Musuh Islam akan bertepuk tangan selagi kita tidak sedar. Kita akan terus ditindas.

Dalam hal ini kepentingan agama perlu diutamakan. Soal perpecahan, keutamaan perlu diletakan dengan betul. Perlu bezakan yang mana baik dan yang mana tidak baik.
Kalau ada ilmu semua ini tidak akan berlaku. Ilmu yang disalahguna akan membawa kepada kehancuran.

Muafakat hikmahnya amat besar.

Ingatlah, jangan terhantuk baru nak sedar. Dalam kehidupan hari ini kita masing-masing buat hal sendiri. Siapa kawan dan siapa lawan pun kita tidak kenal. Keadaan sekarang dah berubah. Kita perlu bersatu semula. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Islam akan menjadi hebat kalau bersatu. Nabi Muhammad s.a.w pun turut menyeru umatnya agar bersatu.

Hari ini, jika dilihat, umat Islam kadang-kadang kesalahan yang kecil sengaja diperbesarkan. Jarang sekali melihat kebaikan yang banyak. Salah orang nampak terang, salah sendiri sembunyi-sembunyi.

Kalau kita pandai menilai, pastinya keharmonian akan tercapai. Bukan semua benda yang kita berpuas hati. Tetapi hati orang lain juga patut dijaga.
Islam melarang kepada perpecahan. Hari ini perpaduan rapuh kerana perbezaan politik. Percanggahan fahaman jadi perbezaan.

Kita harus kembali kepada agama.Dalam hal ini. Kita sebagai umat Islam diikat dengan satu akidah. Masing-masing antara kita mempunyai peranan. Di akhirat nanti, persaudaraan kita semasa hidup turut akan dipersoalkan. Dengan kata lain kita harus mentadbir dengan betul persaudaraan kita semasa hayat masih ada jika tidak mahu memperolehi balasan yang tidak baik di akhirat nanti.

Dalam mencapai pemuafakatan banyak halangan yang perlu ditempuhi. Jika kita tahu peranan masing-masing tidak mustahil pemuafakatan ini akan tercapai. Kita harus rai -merai antara satu sama lain atas dasar Islam. Letakan perbezaan fahaman politik disebelah.

Hari ini kita sering berbincang siapa yang benar dan siapa yang salah.
Tetapi kita jarang dan boleh dikatakan tidak langsung membincangkan apa yang benar dan apa yang salah. Sepatutnya semuanya harus dibuat pertimbangan. Semakin banyak kita bercakap, semakin banyak pula kesilapan atau kesalahan yang timbul.

Pemimpin hari ini sudah terbalik. Yang salah pun dikatakan benar dan yang benar pula dikatakan salah. Ada ilmu tetapi tidak digunakan dengan betul. Kalau dah tahu benda itu salah, katakan saja yang ianya salah. Jangan putarbelitkan kebenaran. Dan jangan ulanginya.

Pemimpin akan bertanggungjawab diatas apa juga kemungkaran yang dilakukan oleh orang bawahannya akibat daripada kebenaran dan kesalahan yang diputarbelitkan. Jangan terus menerus mencampakan diri kepada kemungkaran.

Benda yang baik sepatutnya pakat-pakat menyokong. Yang tidak baik pula pakat-pakat la menentang. Jangan yang dituntut kita tidak buat. Yang mungkar pula kita terdorong untuk melakukannya.

SIAPA DISEBALIK .....

Apa dah jadi... itu antara persoalan yang diluahkan oleh rakyat yang amat terkejut dengan tindakan beberapa ahli YB ( Yang Bodoh ) di Parlimen.

Sayang sekali.. Prinsip demokrasi yang diamalkan selama ini selagi lagi disahgunakan oleh YB2 ini. siapa mereka yang dengan sewenang-wenangnya membuat tindakan yang budak Tadika pun menggangapnya BODOHHHH......


Siapa Nizar Jamaludin ?
Mungkin semua tahu beliau adalah bekas Menteri Besar Perak yang kononnya diturunkan oleh BN melalui Jalan Belakang ( rampasan kuasa, bukan jalan belakang seperti .... )

Siapa dibelakang Nizar ?
Semua orang mengetahui siapa dalang sebenar dibelakang YB ini. Cuma tidak mengakuinya kerana batasan tertentu. Yang benar sembunyi-sembunyi.
Mengapa hanya Sekumpulan YB saja yang tetap teguh dibelakang NIZAR ?
Siapa mereka..
Persoalan ini patu dijawab oleh PAS.
Siapa yang sebenarnya BONEKA seperti kata TGNA.. adakah UMNO ?

Baru sehari angkat sumpah dah buat hal. Inikah yang dikatakan pemimpin ?
Yang PASti perbuatannya tidak langsung mencerminkan Nilai2 ISLAM yang diperjuangkannya..

Thursday, June 11, 2009

KE MANA KITA ?


Tahun 2011 maka genaplah 500 tahun Melaka di jajah oleh Portugis.

Tahun 2011 ini jugalah genap 70 tahun negara kita pernah dijajah oleh Jepun.

Ironinya, kita dijajah apabila bangsa kita sendiri yang membuka ruang untuk penjajah seperti kisah si Kitol.

Begitu jugalah pada tahun 1941, ada diantara bangsa melayu yang berdoa agar Jepun datang ke Tanah Melayu hanya kerana mahu mendapatkan barang-barang yang murah.

Akhirnya, seekor kerbau yang dijual hanya mampu membeli beberapa kilo beras sahaja. Begitu juga jenazah orang mati hanya berbalutkan daun pisang atau tikar mengkuang saja.


Sesungguhnya dan sebenar-benarnya, sejarah tidak pernah melupakan kita tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita yang melupakan sejarah.


Bukan melayu dan orang melayu yang menyokong PR kononnya atas prinsip kesamarataan dan keadilan telah membelakangkan sejarah demi bencinya mereka pada bangsa melayu yang sangat bermurah dan baik hati pada bangsa lain.

Jika boleh mereka pun ingin merejam melayu dan UMNO kedalam neraka dan akhirnya neraka itu jugalah yang menjilat hangus sekali dengan mereka.


Percayalah tahun 2011 sudah tidak jauh lagi. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun. kalau kita tidak melakukan sesuatu untuk menyekat dan menghapuskan Yakjud dan Makjud yang sebelum ini di KURUNG, maka kejahatan, fitnah, kedurjanaan dan segala macam kerosakan lagi akan berlaku.


Bangsa Melayu pastinya tidak akan memafkan dosa-dosa individu yang telah berdosa pada bangsa dan negara Malaysia.


Wahai Bangsa Melayu, sedarlah bahawa racun yang diberi minum oleh Orang Itu kepada rakyat Malaysia terlalu bisa dan sukar dirawat. Mahu tidak mahu, terpaksalah kita mencari jalan untuk menyekat dan menghapuskan Racun yang berbisa ini.


Caranya hanya satu, Bangsa melayu harus kembali bersatu. kembalikan diri didalam Saf. Lupakan persengketaan. buangkan keangkuhan. Buktikan kepada mereka bahawa kita sebagai pejuang agama ,bangsa dan tanahair mampu untuk BERSATU.


Cepat atau lambat, kejayaan pasti akan datang kepada kita.

Semuanya bergantung kepada NAWAITU. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui......

APA DAH JADI ?




Kerajaan PAS di Kedah komited dengan kesejahteraan babi....




Atas nama kemanusiaan tauke babi,
arahan bertulis menangguhkan perobohan pusat sembelih babi yang tidak berlesen di Kampung Berjaya, Alor Setar TELAH DIKELUARKAN..




Atas nama kemanusiaan juga rayuan oleh penduduk Kg. Tok Bidan untuk menangguhkan perobohan rumah2 mereka tanpa pampasan sementera menadapatkan penempatan baru tidak dilayan oleh PAS Kedah..

Apa sudah jadi ?

Jika keadaan ini benar dan tidak boleh dinafikan lagi kebenarannya, Kerajaan Kedah pimpinan PAS amat Zalim.. Rasanya semasa pemerintahan BN perkara seumpama ini tidak berlaku.






Wednesday, June 10, 2009

BERSATU KE ARAH PERPADUAN


Hari ini, bila hak melayu mula di dipermainkan. Pelbagai pihak mula menunjukkan keazaman untuk kembali menyatukan umat melayu.

Namun masih ada suara-suara yang tidak mahu melihat perpaduan melayu kembali wujud.

memang benar kata-kata Tun Mahathir : Melayu amat sukar untuk bersatu. malah lebih mudah untuk berpecah belah.


Jika diamati kata-kata negarawan tersebut, sememangnya ianya menampakan kebenaran. mana tidaknya..

Bila saudara Se-melayu yang berbeza pandangan politik menyatakan keinginan untuk kembali bersatu. ada pula pihak yang tidak berpuashati...ada agenda politik dan agenda tersembunyi menjadi penghalang.


Betullah kata seorang negarawan kita,

jika kita bermusuhan, jangan bermusuh berhabis-habisan,

Jika berkawan, simpan sedikit untuk bermusuhan.


UMNO dan PAS masih mempunyai persamaan. Cuma perbezaan yang sedikit menjadi pemisah kepada kerjasama.

Jika benar ada cahaya dihujung jalan.. teruskan niat tanpa penghalang.

APA NASIB MELAYU


MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu,Banjar juga disebut Melayu,Minangkabau memang Melayu,Keturunan Acheh adalah Melayu,Jakun dan Sakai asli Melayu,Arab dan Pakistani, semua Melayu,Mamak dan Malbari serap ke Melayu,Malah mua‘alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnyaMelayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf diungkap sentiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa disambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad kedua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka.

-Usman Awang-

Sunday, June 7, 2009

HAYATI 1 MALAYSIA




KUALA LUMPUR 6 Jun – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mahu segenap lapisan rakyat menghayati konsep 1Malaysia yang telah diketengahkan sebagai kesinambungan kepada usaha kerajaan dalam memupuk perpaduan nasional yang telah disemai sejak lebih 50 tahun kemerdekaan negara.
“Semua rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam hal ini kerana mereka yang akan menentukan jatuh bangun, maju mundur dan jaya gagalnya sesebuah negara itu,” titah Seri Paduka.
Seri Paduka juga berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, berkongsi rahmat dan tanggungjawab terhadap tanah air yang berdaulat, kerana ia merupakan keunikan dan sumber kekuatan negara.
“Beta amat sukacita kerana rakyat telah membuktikan bahawa kepelbagaian bangsa dan etnik yang menganuti agama yang berbeza, serta mengamalkan budaya dan gaya hidup yang berbagai juga dapat hidup bersama dalam keadaan aman harmoni dan saling menghormati,” titah Seri Paduka sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Negara di sini, hari ini.
Tuanku Mizan turut melahirkan rasa sukacita terhadap konsep 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berprinsipkan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Thursday, June 4, 2009

KEZALIMAN KOMUNIS




Homoseksual: Bekas Ketua Polis Negara pernah nasihat Anwar

KUALA LUMPUR, Rabu - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Haniff Omar tidak meragui bahawa dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terbabit dalam kegiatan homoseksual, ada kebenarannyaMalah, beliau pernah memberitahu Anwar supaya berhenti daripada perbuatannya.

Ketika menjadi KPN, Haniff menjelaskan beliau pernah menerima laporan daripada pegawainya mengenai salah laku seks bekas Menteri Kewangan itu"Selepas menerima laporan pegawainya, beliau mengarahkan beberapa siasatan lanjut dilakukan sehingga beliau yakin mengenainya."Daripada pengalaman lalu, saya tidak meragui mengatakan bahawa tuduhan ke atas Anwar ada kebenarannya."Bagi fikiran saya, kes lama yang pernah saya kendalikan ditimbulkan semula dan kini menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita di pejabatnya petang ini.Sambil mengesahkan beliau pernah memberitahu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu pada 9 Oktober 1993, Haniff berkata pegawainya melaporkan mereka mempunyai bukti menunjukkan kemungkinan besar Anwar terbabit dalam homoseksual.

Berdasarkan laporan pegawai itu, beliau diberitahu Anwar mempunyai hubungan dengan dua individu - seorang pondan dan seorang lagi warga asing, yang beliau percaya sebagai 'tali barut' Anwar.

Menurutnya, memang agak sukar bagi ramai orang mempercayai dakwaan itu tetapi bagi beliau, suatu hari ini nanti perkara yang menyalahi undang-undang itu akan menjadi kenyataan."Kes ini membuatkan setiap warga Malaysia berasa sedih kerana ia merosakkan imej negara. Melihat kepada perwatakan Datuk Seri Anwar yang kelihatan segak dan kemas, mempunyai kredibiliti, rangkaian kerja yang terbaik, agak sukar orang ramai percaya tuduhan ke atas beliau," katanya.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan, beliau pernah dimaklumkan mengenai kegiatan homoseksual Anwar beberapa tahun lalu oleh Haniff yang ketika itu masih Ketua Polis Negara.

Menurut Perdana Menteri, Haniff memaklumkan kepadanya mengenai perkara itu sebelum bersara. Bagaimanapun beliau menolaknya kerana menganggap ia dakwaan palsu.Haniff menjelaskan, setelah yakin dengan maklumat yang diterima daripada pegawainya, beliau maklumkan perkara itu kepada Perdana Menteri supaya beliau berjaga-jaga kerana menterinya (Anwar) kemungkinan berada dalam keadaan yang mudah untuk diperas ugut."Sebab itu saya laporkan,; katanya."Bagaimanapun ketika itu Perdana Menteri tidak percaya. Perdana Menteri tak cakap banyak, jadi saya tahu sangat, apabila Perdana Menteri tak cakap banyak, saya tahulah dia tak percaya."Oleh kerana dia tak percaya, jadi saya tak mahu tekankan lagi. Bagaimanapun, saya minta pegawai polis terus memerhatikan perkara itu. Jika kegiatan itu berkembang lagi, mungkin ia boleh ditaklimatkan lagi kepada Perdana Menteri untuk yakinkan dia."Ketika itu, saya menyediakan diri untuk bersara.

Memandangkan saya mahu bersara, saya minta pegawai saya memaklumkannya kepada pegawai kanan polis supaya perkara itu terus diawasi," katanya.Menurut Haniff, dua tiga hari selepas memberitahu Perdana Menteri, beberapa orang Anwar ke pejabatnya untuk memberitahu bahawa Anwar mahu berjumpa dengannya."Saya tanya sebab apa? Mereka memberitahu saya sebab yang sensitif inilah. Saya menjangka ketika itu beliau (Anwar) dimaklumkan oleh Perdana Menteri. Saya kata bolehlah."Saya bertanya di manakah pertemuan itu dan diberitahu di rumah Anwar selepas Subuh. Saya pergi," katanya tetapi enggan menceritakan dengan lanjut mengenai pertemuan itu.Yang jelas, kata Haniff, Anwar tahu apa yang beliau tahu."Bagaimanapun dia (Anwar) tidak tanya bagaimana saya tahu dan laporkan perkara itu. Dia hanya nak tahu adakah pegawai saya akan peras ugut dia. Saya kata kita bukan berada dalam 'blackmail business' (kegiatan peras ugut)."Saya ada memberitahu Anwar supaya berhenti daripada kegiatan itu. Anwar (ketika itu) tidak memberikan apa-apa penafian," katanya.

Ditanya adakah satu kebiasaan polis mengawasi menteri atau orang kenamaan, Haniff menegaskan, perkara itu tidak berlaku kerana polis tidak mempunyai tenaga untuk mengawasi mereka."Kita mana ada tugas macam itu. Tapi kadang kala ketika bertugas menjaga keselamatan negara atau menyiasat kes jenayah, kita mendapat maklumat sampingan atau bertembung dengan sesuatu yang menimbulkan syak wasangka."Jika bertembung dengan keadaan itu, kita akan siasat lebih mendalam," katanya.

Haniff turut mengesahkan, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemuinya jam 3 petang ini untuk merakamkan kenyataan beliau berikutan Perdana Menteri menyebut namanya mengenai perkara itu semalam."Hanya pada hari ini saya memberi kenyataan kepada polis. Sebabnya kerana Perdana Menteri sebut nama saya sebagai orang yang memberitahu beliau. Polis kena ambil kenyataan saya," katanya.Diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa polis tidak bersikap adil dalam siasatan terhadap Anwar, beliau berpendapat polis mempunyai banyak maklumat sejak dahulu lagi.Menurutnya, polis negara ini adalah pasukan yang mementingkan profesionalisme dan dalam kes Anwar, mereka perlu menyiasat."Mereka tidak terus membuat penghakiman. Mereka menyiasat dan kemudian hantar kepada Peguam Negara. Lazimnya, beliau (peguam negara) akan meneliti maklumat itu dan memastikan ada bukti pertuduhan yang kuat."Pada masa saya, peguam negara ialah Tan Sri Abu Talib Othman. Tiada perkara yang tidak kukuh berkisar di sekeliling. Kita juga melihat kepada kepentingan awam."Kita ada membuat perbincangan. Kalau boleh mungkin meneruskan siasatan. Ia bukan saja membabitkan ahli politik tetapi pihak lain yang membabitkan kepentingan negara," katanya.

Source: Berita Harian, 24 September 1998

Semangat perkongsian membina negara-bangsa

Oleh Mohd Ayop Abd Razid


1Malaysia tuntut rakyat ketepikan soal warna kulit dalam usaha bentuk budaya lebih cemerlang.ARTIKEL saya minggu lalu berjudul '1Malaysia, hasrat Najib perkukuh negara bangsa' menerima beberapa reaksi daripada pembaca yang dikirim melalui e-mel. Saya tertarik untuk memberi respons terhadap e-mel seorang pembaca yang mahukan penjelasan mengenai konsep negara-bangsa. Memang pengertian mengenai negara-bangsa sering mengelirukan kerana ia adalah soal konseptual. Saya pasti ramai yang memahami konsep 'negara' dan tidak perlu saya sentuh dalam rencana ini. Yang sering menjadi kekeliruan ialah konsep 'bangsa' itu.

Untuk memudahkan kefahaman, saya mengemukakan tiga takrifan mengenai 'bangsa' dengan merujuk kepada buku yang ditulis Profesor Abdul Rahman Embong berjudul Negara-Bangsa, Proses dan Perbahasan (2000). Perbahasan yang dikemukakan beliau bersifat akademik. Namun, saya cuba memberikan takrifan yang mudah supaya senang difahami.

Pertama, bangsa boleh dilihat dari perspektif perundangan. Dalam konteks ini ia berkaitan dengan konsep warga negara yang menakrifkan bangsa Malaysia boleh terbentuk dengan tiga syarat iaitu menjadi warga Malaysia, mengamal cara hidup Malaysia berlandaskan kebudayaan Melayu dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa harian (Ghazali Shafie: 1995).


Kedua, pengertian 'bangsa' boleh dihurai berlandaskan keturunan darah yang menakrifkan manusia berdasarkan ciri fizikal (biologi) dan budaya yang diwarisinya. Bangsa dalam pengertian ini membawa maksud ras, kaum dan etnik.


Ketiga, 'bangsa' dirujuk sebagai satu 'nation' untuk maksud komuniti politik dalam wilayah tertentu. Bangsa dalam konteks ini tidak dihubungkan dengan konsep ras (kaum) tetapi ditakrifkan sebagai suatu komuniti atau masyarakat politik yang terbentuk dalam proses dan kesinambungan sejarah yang menjadi pembentuk kepada keseluruhan proses pembentukan negara-bangsa itu.
Ia dipertaut lagi melalui 'identiti sepunya' seperti perkongsian wilayah bersama, perkongsian ekonomi bersama, perkongsian masa depan bersama serta unsur-unsur subjektif yang dikongsi bersama merangkumi bahasa, budaya, sastera serta nama kolektif bernama 'Malaysia'. Saya berpendapat maksud bangsa daripada pengertian ketiga itulah yang dikira dapat memberikan takrif agak tepat untuk maksud negara bangsa. Takrif itu juga agak selari dengan pengertian asas mengenai 'negara-bangsa' dalam perjanjian Versailles (1919) iaitu satu perjanjian yang menamatkan Perang Dunia Pertama yang ditandatangani di antara pihak Bersekutu dengan Jerman. Perjanjian berkenaan mentakrifkan sebuah negara harus diasaskan atas bangsa yang disusun dalam satu organisasi (negara). Takrif negara-bangsa Malaysia diperkuatkan Tun Dr Mahathir Mohamad (1991) yang mentakrifkan negara-bangsa dibina dan dibangunkan dengan menyanjung masa depan yang dikongsi bersama, berintegrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupan bersama berasaskan persamaan hak dan keadilan, menumpukan taat setia dan pengabdian tidak berbelah- bahagi terhadap bangsa. Untuk memastikan bangsa Malaysia sebagai 'nation' dapat direalisasikan, maka ia memerlukan kita merubah kerangka minda kita dengan melihat seseorang warga Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama, keturunan dan budayanya (Najib Razak, 2008). Bagi Datuk Seri Najib Razak, dua prinsip utama diperlukan untuk membina negara-bangsa yang bersatu padu iaitu sikap saling menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu sama lain. Inilah dua prinsip yang menunjangi konsep 1Malaysia.

Jika kita mahu menyusuri pemikiran Perdana Menteri itu dengan lebih jauh lagi, maka kita dapati bahawa Najib dalam menghurai nilai 'penerimaan' di dalam blognya (www.1malaysia.com.my) membezakan antara toleransi dan penerimaan. Baginya 'toleransi' adalah penerimaan terhadap sesuatu semata-mata berasaskan kita tiada pilihan walaupun apa yang kita sudi terima itu hakikatnya kita tidak menyukainya. Sebaliknya, Najib melihat 'penerimaan' itu lebih bermakna kerana ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif dan penuh kerelaan. Ia mengandungi nilai kepercayaan. Justeru, beliau menyatakan kita perlu mendapat yang terbaik daripada bangsa Melayu, bangsa Cina, India dan semua kaum lain untuk diadun agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding melihat bilangan kelompok kaum secara terpisah. Satu lagi elemen menarik yang dihuraikan Najib di dalam blog rasminya itu ialah persoalan mengenai kesetiaan. Kesetiaan adalah nilai kelima daripada lapan nilai yang dikenal pasti untuk menjayakan konsep 1Malaysia. Beliau menjelaskan bahawa kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Menariknya, beliau menjelaskan bahawa kesetiaan tidak sepatutnya bersifat keterlaluan sehingga menjadikan kesetiaan membuta tuli. Apa yang disebutnya memang benar kerana Islam sendiri melarang kesetiaan membuta tuli kerana ia boleh membawa kepada 'penyucian' dan 'pendewaan' terhadap seseorang, khususnya terhadap pemimpin tertentu. Lebih terperinci lagi, Najib menghurai kesetiaan perlulah bersyarat. Ini dapat difahami apabila beliau menyebut seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu setia pada perlakuannya, komitmen pemimpin kepada tugasnya serta berdedikasi. Katanya, kesetiaan tidak bermakna seseorang pemimpin itu tidak boleh dikritik, tetapi kritikan itu hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan, selain menjelaskan kesetiaan hendaklah disertai keupayaan kerana kita tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia. Kesetiaan rakyat terhadap negara menjadi prasyarat utama kelangsungan negara-bangsa. Hans Kons dalam bukunya The Idea of Nationalism (1955) menyebut manusia lazimnya cenderung berpaut kepada beberapa jenis kesetiaan sebagai satu bentuk kesedaran sosial dan kesetiaan itu sering berpusat di sekeliling kumpulan berlainan. Namun menurut Kohn, kesetiaan ulung sewajarnya dicurahkan kepada negara-bangsa. Apa pun, daripada lapan nilai yang dihuraikan di dalam blognya itu, Najib meletakkan nilai 'ketabahan' sebagai tulang belakang terhadap ketahanan negara-bangsa. Seperti diungkapnya, kita hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik turun yang memerlukan kepada kerja keras, berdedikasi dan yang paling penting ketabahan dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan supaya kita berupaya meletakkan diri kita ke pangkal jalan. Kerja keras, berdedikasi dan ketabahan sangat berkait rapat dengan budaya kecemerlangan, iaitu nilai pertama yang dihurai Najib. Baginya, nilai inilah yang melingkungi nilai lain. Prinsip utama di bawah nilai budaya cemerlang ialah meritokrasi dan dari situ akan menjadi ukuran penting sesuatu prestasi atau pencapaian. Kecemerlangan negara-bangsa hanya dapat dicapai melalui budaya kecemerlangan. - BH 27/4/09




Wednesday, June 3, 2009

Petikan dari web 1Malaysia

Nilai-nilai 1 Malaysia
Sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya dapati reaksi bersemangat dari pihak awam mengenai konsep 1 Malaysia amat menggalakkan. Sambil kita terus bergiat dan menggandakan usaha untuk memperbaiki segala tindakan dan proses dalam kerajaan, perlu saya tekankan satu lagi ciri utama dalam memastikan kejayaan kita iaitu nilai-nilai yang perlu diterap bagi melengkapkan usaha-usaha tersebut. Memang benar, tindakan itu lebih dalam kesannya dari kata-kata sahaja.Saya telah mengenalpasti sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif yang saya percaya adalah penting untuk kita semua. Diharap anda semua terus mengunjungi lawan web peribadi saya di mana saya akan memperkenalkan setiap nilai secara berperingkat sepanjang bulan ini. Semoga nilai-nilai ini dalam dipupuk dalam jiwa kita semua. Sila terus berkongsi pandangan dan kritikan membina anda; inilah tanda yang jelas bahawa momentum dialog kita sedang meningkat.

Bahagian 1: Budaya Kecemerlangan
Saya benar-benar percaya bahawa demi mengubah Malaysia dan membawa Malaysia ke tahap kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi, satu nilai yang melungkungi nilai-nilai lain yang akan memastikan Malaysia menuju trajektori yang betul ialah untuk kita menanamkan Budaya Kecemerlangan. Ini kerana jika anda mempunyai satu set nilai-nilai yang menandakan anda mempraktikkan Budaya Kecemerlangan, segalanya akan berkembang dan beralir dari Budaya tersebut.Secara dasar, ianya satu usaha berterusan. Namun anda perlu menjanakan perkara-perkara yang akan mendorong orang ramai untuk menyedari betapa pentingnya Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, dengan memperkenalkan dengan lebih banyak prinsip meritokrasi. Dari situ, anda akan menegaskan kepentingan prestasi, dan prestasi itu banyak berpaut kepada Budaya Kecemerlangan.Berkenaan aspek-aspek Budaya KecemerlanganSaya rasakan kita perlu mengenalpasti subset-subset yang berkaitan dengan Budaya Kecemerlangan. Sebagai contoh, bagi dikenali sebagai sebuah masyarakat yang percaya kepada prinsip ketepatan. Ianya satu subset Budaya Kecemerlangan. Dalam erti kata lain, anda mementingkan ketepatan. Ketepatan dari segi pengukuran, dari segi menguruskan masa, dari segi jadual penyampaian, dari segi kualiti. Jika Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menekankan kualiti dan kecemerlangan, maka setiap produk yang datang dari Malaysia, setiap perkhidmatan yang berasal dari Malaysia akan dilihat seperti mempunyai kualiti dan nilai cemerlang yang diinginkan oleh dunia.Saya harap dapat memberi penekanan kepada kepimpinan berasaskan prestasi. Dalam erti kata lain, jika anda mahu mengubah Malaysia, perubahan mestilah berteraskan kepimpinan yang berasaskan prestasi. Ini bermakna anda mempunyai matlamat-matlamat khusus, dan prestasi anda boleh diukur. Anda boleh mengawas, anda boleh memantau, anda boleh mengambil tindakan pembetulan. Anda boleh juga membuat sebarang perubahan jika perlu. Tetapi ianya penting untuk kita merasakan bahawa kita sedang mengalami kemajuan, bahawa kita semakin maju.Maksud saya, pengertian waktu, ‘waktu Malaysia’, yang sering dijadikan bahan jenaka orang ramai. Tentang menjaga masa, ketepatan masa dalam apa jua yang anda lakukan. Saya rasa ianya satu perkara yang boleh difahami semua orang dan dilihat dalam gaya hidup semua rakyat Malaysia. Ini antara perkara-perkara yang kita boleh ketengahkan, mengingkatkan kesedaran untuk merubah di mana perlu. Dan dari segi cara untuk membatinkan perubahan ini, contohnya, pernyataan seperti ‘lebih kurang’ – ia sepatutnya tidak wujud lagi dalam leksikon perkataan-perkataan yang kita gunapakai seharian. Kita perlu lebih tepat dalam setiap perbuatan, pertuturan, dalam apa sahaja yang ingin dicapai.

Bahagian 2: Ketabahan
Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya pada saya adalah suatu salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik dan turun. Tetapi jika anda adalah seorang yang percaya kepada kerja keras, sepenuhnya berdedikasi, dan jika anda tabah menghadapi segala dugaan, maka apabila anda berhadapan dengan sebarang rintangan, semestinya anda akan berupaya mengharungi rintangan yang dihadapi dan berupaya meletakkan diri anda ke pangkal jalan, anda perlu menghargai dan memahami bahawa ada masa-masanya kesukaran perlu dihadapi. Begitu jugalah Malaysia sebagai sebuah negara, kita telah berhadapan dengan berbagai krisis sebelum ini, sama ada krisis kewangan, menentang komunis atau berhadapan dengan waktu-waktu bergolak di dalam sejarah kita. Namun pada setiap keadaan kita telah berjaya mengharungi krisis tersebut dan menjadi lebih kuat sebagai sebuah negara. Tetapi semua itu telah dicapai kerana kita telah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada permasalahan tersebut. Kita telah berkerja dengan gigih dan sentiasa menghadapi rintangan dengan ketabahan dan akhirnya membuktikan bahawa para pewaham kita adalah salah.Tentang ketabahan mengharungi perubahan peribadiDisepanjang kehidupan saya, saya sentiasa perlu berusaha lebih daripada biasa demi membuktikan kemampuan diri kerana saya tidak mahu orang lain memandang kepada saya dan berkata "dia berada di situ kerana nama, atau nama keluarganya melonjakkannya ke situ". Benar, saya memiliki kelebihan tersebut, namun pada masa yang sama ia seakan satu bebanan kerana anda perlu sentiasa membuktikan bahawa anda wajar mendapat semua itu. Malah saya sentiasa menyedari bahawa saya perlu menunjukkan saya mampu melakukannya, dan melakukannya dengan baik. Dan dalam hal kekecewaan peribadi, rasa saya yang paling memilukan dalam ingatan adalah kekecewaan politik yang saya alami di kawasan saya sendiri pada 1999, apabila saya menang tipis dengan majoriti yang sangat kecil iaitu 241.Pada masa itu, ramai yang berkata tidak lama lagi saya akan menjadi sejarah, dan lebih daripada itu sebahagian daripada mereka mencadangkan supaya saya bertukar kawasan. Tetapi saya kekal berpendirian teguh dan menyatakan pada diri sendiri walau apa sekali pun saya akan terus berjuang. Jika saya perlu jatuh rebah, saya akan rebah dalam perjuangan. Dan saya menyatakan pada diri sendiri saya boleh membuktikan bahawa para pewaham adalah silap dan nah, lihatlah, dalam jangka masa 4 tahun, majoriti yang kecil, majoriti tipis 241 telah dijelmakan kepada majoriti besar berjumlah 22,922 dan sebagaimana yang anda ketahui, pada Pilihan Raya Umum yang lepas saya mencapai kejayaan terbaik dari segi majoriti BN untuk sebarang kawasan pemilihan Parlimen apabila saya berjaya meraih 26,464. Itulah saiz majoriti yang saya perolehi. Tetapi saya tidak fikir mampu mendapat majoriti sebegitu besar jika tidak kerana kekecewaan pada 1999. Apabila mengalami kekecewaan tersebut, saya menyedari perlunya melakukan lebih lagi. Saya perlu menjadi lebih kreatif serta perlu membawa pendekatan yang berbeza, dan semua itu telah menghasilkan perubahan dan peningkatan tersebut, peningkatan besar yang menakjubkan.


Bahagian 3: Rendah Hati
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam konteks – contohnya katakanlah jika anda seorang ahli politik. Begitu juga jika anda seorang ahli parlimen. Bersikap rendah diri pada dasarnya adalah satu aset kerana di dalam masyarakat kita, terutamanya masyarakat tradisional, mereka cenderung menghargai orang yang memperlihatkan sifat merendah diri. Dalam Islam, ia adalah konsep Tawaddu`, yakni rendah hati. Sebagaimana yang anda ketahui di dalam masyarakat Melayu, seseorang itu tidak boleh menunjuk-nunjuk. Contohnya, apabila anda keluar melakukan tugas sebagai seorang ahli parlimen, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Saya sangat menyedari akan keadaan bahawa apabila saya melakukan tugas saya sebagai ahli parlimen, saya sangat selesa dengan keadaan tersebut. Sebagai contoh, jika saya berada di dalam surau atau pergi ke rumah penduduk miskin di dalam kawasan saya, saya memastikan tingkah laku saya tidak akan membuatkan mereka berasa tidak selesa, dan pemergian saya ke sana bukanlah bertujuan memandang rendah atau bersikap menghina mereka. Maka itu pada saya ia adalah satu aset. Namun begitu, bersikap rendah diri bukanlah sebagai satu petanda kelemahan. Dalam masyarakat tertentu, ia cenderung disalah ertikan sebagai satu petanda kelemahan. Apabila berurusan dengan orang luar contohnya, adakalanya anda perlu menunjukkan kekuatan anda. Anda perlu memperlihatkan keyakinan kerana apabila anda dilihat sebagai rendah diri pada sudut pandangan mereka, ia dianggap sebagai satu petanda kelemahan. Maka itu saya merasakan ia juga adalah mengikut keadaan, anda mesti sedar bahawa dalam lingkungan masyarakat Malaysia, ia adalah satu aset, tetapi ada waktunya apabila anda berurusan dengan dunia luar anda perlu memperlihatkan kekuatan dan kejayaan anda, tetapi bukanlah dengan cara penindasan.


Bahagian 4: Penerimaan
Tentang kepentingan penerimaan berbanding toleransiSaya rasa terdapat perbezaan yang agak ketara di antara keduanya (toleransi dan penerimaan). Apabila anda menyebut toleransi, anda tidak berapa sukakannya, tetapi tetap menerimanya kerana anda tiada pilihan. Tetapi jika anda bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa anda menerima sepenuhnya sesuatu itu secara positif. Pada saya adalah penting bagi kita untuk beralih dari konsep toleransi semata-mata ini kepada penerimaan. Penerimaan dari segi anda bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti anda untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata.Pada saya itu adalah penting kerana selepas itu anda tidak lagi merasa terbeban dan anda tidak dipengaruhi oleh sebarang tanggapan melulu yang negatif dan mahu pula melihat kepada kemampuan terbaik yang boleh diberikan oleh seseorang itu. Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, semua kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya kita akan menjadi jauh lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu.Tentang peranan kerajaan dalam memupuk penerimaanSaya rasa kita perlu memulakan polisi yang kelihatan adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kita. Sebagai contoh, apabila kita bercakap tentang membantu mereka yang miskin, kita mesti membantu mereka yang miskin dalam semua golongan masyarakat. Dan pada saya golongan miskin dalam semua golongan masyarakat wajar dibantu. Maka semua program dan peruntukan kewangan kita wajib mencerminkan keperluan untuk mengatasi masalah golongan miskin merentasi semua lapisan etnik dan kaum.Itu adalah sebagai satu contoh polisi di peringkat tersebut. Terdapat juga pertimbangan lain, contohnya membangunkan bakat di Malaysia. Pada saya setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina. Sistem sedia ada kita, sistem pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, semua peluang tersebut hendaklah mencerminkan semua ini, bahawa tidak terdapat sebarang had. Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda. Had ditentukan adalah kerana keupayaan peribadi anda sendiri.


Bahagian 5: Kesetiaan
Pada saya kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Dalam sebarang perhubungan, kesetiaan adalah penting. Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda, kerana kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain. Tetapi saya juga mentafsir kesetiaan sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya keterlaluan sehingga menjadi kesetiaan membuta tuli. Pada saya di dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, pentadbiran kerajaan, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, dalam erti kata perlakuan pemimpin tersebut, komitednya pemimpin kepada tugasnya dan berdedikasi. Kesetiaan juga tidak bermakna anda tidak boleh mengkritik, tetapi sudah tentu anda hendaklah mengkritik dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan. Saya sudah tentu akan menghargainya, sama ada ianya perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawat bahawa akan adanya peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina contohnya, malah kritikan yang pada saya adalah diperlukan. Tetapi kesetiaan juga hendaklah disertai dengan keupayaan. Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi melupakan kenyataan bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting, tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga. Ya, pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi, yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah. Pada saya ia adalah merugikan dari segi perhubungan peribadi atau sama ada di dalam kerajaan bahawa tiadanya ruang untuk kritikan membina mahu pun pertentangan pendapat. Tetapi ia hendaklah dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik.


Bahagian 6: Meritokrasi
Pada dasarnya semua orang tahu makna perkataan ini dan prinsip meritrokrasi, tetapi ia tidak boleh dilaksanakan dalam erti kata yang sebenar kerana ada masanya anda perlu mempertimbangkan faktor-faktor tertentu yang lain. Contohnya, mereka yang kekurangan, atau masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru yang berada di luar arus perdana masyarakat yang lebih dinamik. Sudah tentunya mereka ini memerlukan pertimbangan khas. Namun pada dasarnya, meritrokrasi bukan saja satu prinsip yang mulia, tetapi satu prinsip yang diperlukan untuk memacu Malaysia ke arah kejayaan yang lebih hebat. Sejak awal lagi saya telah membincangkan tentang budaya kecemerlangan dan satu daripada prinsip budaya kecemerlangan adalah prinsip meritrokrasi. Jika anda memberikan penghargaan berasaskan kerana mereka adalah terbaik, sama ada orang yang terbaik untuk tugasan tersebut atau syarikat terbaik untuk mendapatkan kontrak, maka semua pihak akan menyedari bahawa mereka perlu berada di tahap tersebut. Mereka perlu memberikan yang terbaik. Pada saya setelah menyedari bahawa mereka perlu memberikan yang terbaik, maka semua itu akan menyerlahkan yang terbaik daripada semua orang. Maka itu kita tidak mahu Malaysia tidak memberikan sebaik mungkin sebagai sebuah negara. Melihat kepada Malaysia, menggunakan terma sukan tinju, saya mahu melepaskan tumbukan melebihi had kategori berat badannya. Jika anda menggunakan budaya kecemerlangan dan prinsip meritrokrasi ini, pada saya ia akan menjadi adunan yang diperlukan untuk kita memaksimakan potensi Malaysia. Tentang langkah kerajaan ke arah meningkatkan meritrokrasi Ia memang bermakna bahawa kepelbagaian aspek perkhidmatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya sewajarnya dibentuk berdasarkan meritrokrasi. Sebagai contoh, pemerolehan kerajaan. Sewajarnya kita memperkenalkan satu polisi yang memastikan persaingan pembidaan kerana melalui persaingan pembidaan, peluang kita memilih syarikat terbaik untuk tugasan tersebut pada harga terendah dan pada masa yang sama mempunyai kemahiran yang diperakui adalah lebih besar berbanding pemilihan berasaskan tender perundingan, contohnya. Prinsip penswastaan sekali pun, sebahagian daripada permasalahan yang dihadapi tentang asas pengswastaan di masa lalu, ketika kita terlalu kurangnya pengetahuan tentang bagaimana untuk melaksanakan pengswastaan, pada permulaannya kita telah menggunakan prinsip siapa dulu dia dapat. Makanya jika anda mempunyai gagasan anda akan diberi peluang tersebut. Tetapi kenyataannya, memandang kebelakang adalah lebih baik untuk kita mengenal pasti perkhidmatan atau lapangan tertentu yang kita hendak swastakan dan membukanya untuk pembidaan. Seterusnya cadangan terbaik boleh dipertimbangkan oleh kerajaan. Jelaslah terdapat contoh-contoh khusus tentang bagaimana meritrokrasi boleh digunakan.


Bahagian 7: Pendidikan
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Maka apabila anda bercakap tentang pendidikan dan pengetahuan, ia mesti dilihat dalam konteks holistik. Ia juga mesti disepadukan dengan nilai. Anda mesti memiliki masyarakat yang menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain. Bukan saja kerajaan, tetapi juga masyarakat sebagai satu nilai. Sebagai contoh, budaya membaca. Jika anda hanya berharap kepada buku teks formal, anda tidak akan menimba ilmu sebagaimana sepatutnya. Tetapi jika diri anda berbudaya membaca, tabiat membaca ini sama ada melalui buku atau pun internet, maka anda akan berupaya membuka minda masyarakat Malaysia. Dan saya ingin melihat minda rakyat Malaysia berterusan terbuka.Kita dikekang oleh kenyataan bahawa kita mempunyai aliran (pendidikan) yang berbeza di dalm negara. Kita tidak mempunyai aliran tunggal dan dengan demikian, kita tidak mempunyai aliran kebangsaan. Sedangkan aliran kebangsaan sendiri telah ditakrifkan semula untruk memasukkan sekolah vernakular. Ia menjadi kedua-duanya kekuatan dan masaalah dan cabaran kepada kita kerana kita tidak berpeluang untuk membolehkan rakyat Malaysia membesar bersama melalui satu saluran pendidikan dari segi fizikalnya, sebaliknya mereka akan diasingkan. 95 peratus daripada bangsa China akan memasuki sekolah China dan 97 peratus daripada bangsa Melayu akan memasuki sekolah kebangsaan. Maka kita akan kehilangan peluang. Namun apa yang boleh kita lakukan ialah memastikan terdapatnya peluang untuk kita berinteraksi dengan melihat kepada kurikulum dan menekankan kepada nilai bersama, agar walau pun kita terpisah secara fizikalnya, tetapi jika dipenuhi dengan nilai sistem yang serupa, pada satu peringkat masa diharap kita akan bertemu pada satu titik persamaan. Apabila kita bertemu dalam erti kata fizikalnya, kita akan berupaya untuk menghargai satu sama lain dengan lebih baik lagi.


Bahagian 8: Integriti
Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Pada saya satu cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan ini adalah dengan berlaku jujur kepada rakyat. Bercakap benar kepada mereka. Jika anda telah melakukan dengan baik, maklumkan polisi yang dilaksanakan adalah betul. Jika polisi tersebut tidak menjadi, maka anda sewajarnya berani untuk menjelaskan kepada mereka, begini…kita telah melakukan kesilapan tetapi kita merancang untuk melakukan lebih baik lagi, kita mahu memperbetulkan kesilapan ini. Saya rasa rakyat akan menghargai tindakan tersebut. Walaupun anda berada di dalam kerajaan, anda hanyalah manusia dan manusia melakukan kesilapan. Kuncinya ialah bukannya anda akan melakukan kesilapan, tetapi bagaimana anda bangkit daripada kesilapan tersebut. Adalah diharapkan kesilapan hanya sedikit sahaja, tetapi sebahagian besar daripada keputusan adalah betul dan bertepatan. Namun akan terdapatnya ketika disebabkan oleh perubahan keadaan, anda tiba-tiba menyedari bahawa polisi atau keputusan anda adalah tidak tepat. Tetapi sebaik anda menyedari bahawa anda kurang tepat, maka berlaku jujurlah dan maklumkan kepada rakyat.Anda mesti bercakap benar dan percaya kepada rakyat. Percaya bahawa rakyat adalah bijak, akan menghargai kejujuran, kebenaran dan bertemu dan berkomunikasilah dengan rakyat. Selepas satu jangka masa, sudah tentu anda akan berupaya membina kepercayaan dan keyakinan tersebut dengan rakyat. Paling penting, tepati janji anda. Jika anda berjanji, tunaikan. Satu daripada perkara yang boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan ini ialah jika anda memungkiri janji. Jika anda berjanjikan sesuatu, anda mesti berpegang pada janji dan menunaikannya.

SALAM PERJUANGAN

Salam Perjuangan...
Melihat kepada permasalah yang dihadapi umat manusia kini, maka terdetik diminda untuk berkongsi pandangan.

Apabila yang jernih di keruhkan, yang celik dibutakan, yang cerdik diperbodohkan, yang betul dipersalahkan dan yang paling HEBOH sekali apabila semua hak yang dipersetujui di diPERSENDAKAN.

Kesedaran bukannya menidakkan hak. tetapi kesedaran diperlukan untuk mempertahankan hak...