Tuesday, July 14, 2009

Yang Menang tak menang semua.. Yang kalah tak kalah semua...


Hari ini merupakan detik penentuan PRK Manik Urai, Kelantan. Siapa yang akan mengisi kekosongan DUN tersebut akan terjawab..


Namun begitu, kita harus menerima apa jua keputusan pengundi dengan hati yang terbuka. Jika menang, bukan semua yang kita menang. Jika kalah pun begitu, tak semua kita kalah.


Yang penting, Bangsa Melayu masih lagi dipilih. Yang bertanding orang melayu. Yang memilih pun orang melayu. Yang dipilih adalah terbaik dan yang tak dipilih bukanlah tidak baik.


Keputusan pilihanraya ini harus dijadikan sebagai titik permulaan bagi orang melayu bersatu. Kampen2 politik harus di lupakan seketika. Perkara-perkara yang lepas tidak harus dikenang lagi. Matlamat kita biarlah satu, ISLAM dan MELAYU.


UMNO telah membuktikan keihlasan, PAS pun sudah ada bunga-bunga. PR pula mula berlaga-laga. Ayuh UMNO dan PAS, bersatulah demi masa depan dan kepentingan Orang Melayu -ISLAM.


2 comments:

Tungaklangit said...

salam saudara EPT

laman saudara menarik dan gaya penulisan saudara mudah untuk difahami...

mananya kolum follower???

boleh juga kami jadi follower blog saudara so nanti bolehlah kita siarkan nukilan saudara dalam laman blog kami...

salam

ejenpukattunda said...

Tq Atas Saranan.