Tuesday, December 29, 2009

3 "TA"

Negara kita, tanggungjawab kita !!!
Bila semua orang bersuara, bila semua orang berdebat, bila semua orang berdemontrasi.
Memperjuangkan apa yang dikatakan kebenaran.
Namun sedarkah, apa yang di perjuangkan itu benar-benar suatu kebenaran. Bagi yang menuntut kebenaran, renungkanlah apa yang ada disebalik kebenaran itu. Mungkin ramai yang tidak sedar, disebalik kebenaran yang diperjuangkan terdapat segumpal pembohongan.

Rasiskah melayu bila hak yang dihakis cuba dipertahankan. Sebetulnya melayu cukup-cukup hina dimata pihak lain. Bagai menolong anjing yang tersepit, sudah dilepas yang menolong pula cuba direngkuh. Tidak cukup rasis pula bila Si India dan si Cina bersuara. Mengapa pula tiada sahutan balik dari pimpinan melayu. Cukup angkuh bila bercakap, tetapi bila di uji masing-masing tidak langsung bersuara. Strategi atau tidak mempunyai peluru. Asal tak ganggu periuk nasi, pejam mata saja. Ataupun sudah cukup dijaga dengan kemewahan.

Jika Hang Tuah kekuatannya terletak pada Huruf "TA". Orang melayu pula kelemahanya turut terletak kepada " TA ". Semua pemimpin buTA kerana tahTA,harTA dan waniTA.

Semangat sudah semakin hilang. Yang mana menonjol akan diberi ingatan..Mengapa untuk menjaga hubungan pasti ada yang akan di rebahkan. Bukan bersikap rasis atau melampau..yang mana patut...yang mana betul..yang mana utama...perlulah dibincangkan..
Kita perlu menilai,melihat dan menginsafi nasib seIslam kita di luar. Lihat sahaja nasib di Naratiwat. Renung nasib di Palestin. Antara puncanya adalah sikap terlalu bergantung kepada orang lain...
Fikir-fikirkan...renung-renungkan...insaf-insafkan... yang mana patut....yang mana elok.....

No comments: