Wednesday, August 19, 2009

LAGI-LAGI BUAT HAL

Bermula dengan kes kematian TBH. Selepas itu Hina Islam. Selepas itu Aksi ciptaan sendiri oleh Pembantu Ronnie, Wong Chuan How bagi mengelakan ditahan SPRM.
Diikuti pula Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Kini si Gobalakrisnan pula buat hal.

Berapa banyak lagi skrip yang ditulis pun tidak dapat dipastikan. Setiap isu atau skrip yang timbul pasti akan ditutup dengan skrip baru. Barisan pelakon berderet menanti peluang untuk memperagakan aksi. Menanti tuan pengarah memberikan arahan sahaja.

Rakyat terutamanya penyokong PR pasti sudah banyak bersabar. Banyak berfikir diri mereka terus dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Bagi yang tidak sedar, terus membuta tuli menyokong dan terus menyokong.

Sejak membuat kejutan didalam PRU12, PR telah banyak mencipta episod-episod "kejadian " politik yang tidak dapat diterima akal. PR tidak lekang dari mencari publisiti untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah memberikan pelbagai pembangunan kepada negara. Banyak perkara yang terjadi sama ada dirancang atau sengaja diada-adakan. Dan adakalanya menjerat diri sendiri.

No comments: