Thursday, September 3, 2009

MASIH ADA YANG TIDAK KENA

Kelmarin yang HANGAT. Itulah yang dapat ditakrifkan akibat tindakan BODOH YB-YB yang kononnya menggelarkan diri mereka PAKATAN RAKYAT. Tindakan cuba mengadakan sidang DUN PERAK sekali lagi telah menjadi topik perbincangan kepada rakyat yang terus di putar belitkan. Sudah sah dan nyata. DAP masih lagi menunggang PAS.

Ibarat kata kumpulan WINGS dalam lagu mereka HUKUM KARMA

" Gila nama " Gila harta " Gila Kuasa" Semua Gila...

Sengaja mengundang satu episod baru. Skrip yang sudah dijangka. Pelakon masih sama dengan DIRECTOR yang cukup bijak menarik Penonton.

Jika dalam GERAK KHAS, Polis menjadi hero bagi setiap episod. Tetapi bagi filem ini Polis diletakkan sebagai penjahat yang sentiasa bersikap tidak adil.

Baru sahaja negara menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 52. Semua menyatakan kesyukuran. Tetapi apa yang berlaku kelmarin boleh menyebabkan apa yang kita bimbangi selama ini berlaku semula. Negara mungkin kembali dijajah. Mana tidaknya, seantero dunia memandang kepada Malaysia. Syukur buat masa sekarang tiada lagi campurtangan asing. Tetapi apa jaminan bahawa pada masa-masa mendatang tidak akan ada campurtangan asing ini. Tidak mustahil mereka-mereka yang ingin berkuasa ini akan berbuat apa saja untuk memiliki kuasa. Termasuklah mendapatkan campurtangan asing.

Berwaspadalah. Kita masih ada MASA untuk mengubah nasib kita sebelum kita diubah.

No comments: