Wednesday, August 19, 2009

LAGI-LAGI BUAT HAL

Bermula dengan kes kematian TBH. Selepas itu Hina Islam. Selepas itu Aksi ciptaan sendiri oleh Pembantu Ronnie, Wong Chuan How bagi mengelakan ditahan SPRM.
Diikuti pula Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Kini si Gobalakrisnan pula buat hal.

Berapa banyak lagi skrip yang ditulis pun tidak dapat dipastikan. Setiap isu atau skrip yang timbul pasti akan ditutup dengan skrip baru. Barisan pelakon berderet menanti peluang untuk memperagakan aksi. Menanti tuan pengarah memberikan arahan sahaja.

Rakyat terutamanya penyokong PR pasti sudah banyak bersabar. Banyak berfikir diri mereka terus dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Bagi yang tidak sedar, terus membuta tuli menyokong dan terus menyokong.

Sejak membuat kejutan didalam PRU12, PR telah banyak mencipta episod-episod "kejadian " politik yang tidak dapat diterima akal. PR tidak lekang dari mencari publisiti untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah memberikan pelbagai pembangunan kepada negara. Banyak perkara yang terjadi sama ada dirancang atau sengaja diada-adakan. Dan adakalanya menjerat diri sendiri.

Sunday, August 16, 2009

KHIANAT dan DIKHIANATI

Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi topik perbincangan Orang-orang Melayu.
Siapa Anwar Ibrahim ? Tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah ketua pembangkang di Parlimen Malaysia yang dibayar elaun khas untuk mentadbir kumpulan pembangkang kerajaan. Mana ada negara di dunia yang membayar elaun khas kepada Ketua Pembangkang. Hanya Malaysia sahaja berbuat demikian. Harapan hanya satu. Menjadi pembangkang yang bijak dan berguna kepada kerajaan. Tapi malangnya ianya disalahgunakan oleh Anwar Ibrahim. Kerajaan masih lagi disalahkan.

Berbalik kepada topik utama perbincangan orang melayu mengenai khianat Anwar Ibrahim. Anuar Ibrahim bukannya pengkhianat kelas biasa. Khianat beliau boleh membawa kepada keruntuhan ketamadunan melayu. Orang melayu mula membina tamadun sendiri, tetapi terdapat pula seorang petualang yang sanggup melihat keruntuhan tamadun bangsanya sendiri. Amat malang bagi orang-orang melayu kerana pengkhianat ini tidak dapat dihapuskan akibat dilindungi pihak tertentu.

Bukannya Anwar Ibrahim sahaja boleh dikategorikan pengkhianat. Nik Aziz juga pengkhinat melayu dan Islam. Mana tidaknya, apabila orang melayu dan agama Islam di hina dan dipermainkan beliau sekadar melihat dengan mata tertutup. Telinga menjadi pekak dan mulut seperti di kunci. Kenapa ? Nik Aziz ingin menjaga hubungan baik dengan orang yang mengkeji Islam dengan alasan orang itu tidak faham Islam. Bodoh sangatkah orang melayu nak menilai jika alasan tersebut diberikan oleh seorang yang bergelar Ulama kelas pertama.

Mengapa apabila Islam dihina oleh barat Nik Aziz dengan PAS nya berdemontrasi habis-habisan. Tetapi bila dihina oleh Rakan Rakyatnya tiada pula tindakan jalanannya. Dimana orang Islam PAS semua ? Masih menunggu arahan atau diberi arahan membisukan diri.

Orang melayu hari ini senang dihina dan dikhianati keran sikapnya. Orang melayu hari ini lebih suka percayakan pemimpin membuta tuli. Orang melayu hari ini tidak ambil kisah hal orang lain. Orang melayu hari ini terlalu baik kepada bangsa lain. Orang Melayu hari ini sudah semakin hilang kuasa akibat mainan bangsa sendiri.

Sunday, August 9, 2009

DAP MAKIN BIADAP







Nah !!! DAP sekali lagi menunjukan kebiadapan.


ISLAM dan MELAYU sekali lagi di F###### oleh Ketua Pemuda DAP.


Dimana kuda2 tunggangan DAP ( PAS & PKR ) dalam isu ini. Apa pula penjelasan yang Tuan Guru nak beri selepas ini. Mungkin apa yang akan diulas oleh Tuan Guru berbunyi " UMNO Putar belit " kenyataan Pemuda DAP.


Kita perlu insaf, selagi ada Melayu yang Memakan daging Melayu sendiri, selagi itulah puak2 DAP jadi semakin kurang ajar. Jangan tunggu sehingga Emosi orang2 melayu meluap. Masa itu baru nak menyesal.



Monday, August 3, 2009

TAK BERTEMPAT

ISA tak relevan ?
Tak sedarkah bahawa dengan ISA banyak perkara2 yang mendatangkan kecelaan kepada negara Malaysia telah berjaya ditangani.

Tak sedarkah bahawa ISA banyak mempertahankan hak2 Melayu.

Siapa yang kuat membantah ISA ?
Pemimpin2 bukan melayu banyak menyuarakan bantahan terhadap ISA.
Tetapi siapa yang berdemontrasi ?
Orang melayu yang banyak berdemontrasi.

Persoalan2 diatas tidak pernah difikir oleh "Otak" pembangkang dan orang melayu yang jahil terhadap nasib bangsa suatu hari nanti.

Demontrasi tak bertempat yang dianjurkan baru2 ini amat mendukacitakan rakyat negara ini. Demontrasi dibuat bukannya menuntut kepada keadilan tetapi lebih kepada mempertahankan "individu " tertentu. Perlu diingat ! negara ini ada undang2. Undang2 tidak mengenal pangkat atau status sesiapa.
Kenapa harus takut jika tidak melakukan kesalahan. Jika benar ISA itu kejam @zalim, buktikan berapa orang yang mati akibat kekejaman @kezalimannya.