Monday, July 27, 2009

HARAPAN atau MAINAN


Lega sungguh rasanya bila TGNA menyuarakan agar Orang melayu melupakan sengketa. Saranan beliau agar bersatu amat dialu-alukan.

Tetapi dalam kelegaan orang melayu ini, tidak terselindung juga dengan keraguan terhahap sikap TGNA. Adakah ianya hanya sekadar mainan politik atau timbul daripada kesedaran hati nurani beliau. Sebenarnya orang2 melayu sedikit bingung dengan telatah TGNA. Mana tidaknya, sekejap OK, sekejab tak OK.

Harap2 kali ini TGNA betul2 ikhlas dalam memperkatakan tujuannya.


Terlintas difikiran mengenai cerita Si gembala kambing dan serigala.

Si gembalai kerap kali mempermainkan orang kampung mengatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Bila orang2 kampung datang hendak menolong, rupanya si gembali cuma menipu. Satu hari kambing2 si gembala betul2 dimakan oleh serigala. Si gembala meminta tolong dari orang2 kampung. Tetapi pada masa itu semuanya sudah terlambat. Orang2 kampung tidak lagi percaya kepada si gembala. Orang2 kampung merasakan si gembala sekadar hendak mempermainkan mereka.


Moral of the story, jangan pula TGNA nak mengadaptasikan cerita si gembala dan serigala dalam politiknya.

Sunday, July 19, 2009

Murahnya Melayu


Murahnya gadis-gadis melayu.
Gadis-gadis melayu di dagangkan dengan semurah-murahnya. Itu baru gadis melayu yang sudah diketahui Jahil dan Songsang. Beginilah nasib orang melayu pada masa akan datang jika Ketuanan Kita tidak dipertahankan.
Berapa nilai kita orang Melayu dari kaca mata orang lain?
Di Mana maruah kita sehinggakan kita tidak boleh bersatu untuk kepentingan kita sendiri.

Boleh Jalannnn...


Dah mula dah.... Dulu sewaktu ada jawatan dalam kerajaan semuanya elok, semuanya betul. Tapi bila jawatan dah tak lekat kerajaan ni di tuduh macam-macam.


Siapa sangka kalau sebelum ini cukup taksub kepada BN, tapi hari ini kata Dasar PKR adalah sejiwa dengannya. Nampak sangat bahawa kedudukan atau pangkat menjadi keutamaan sepertimana Mentornya.


Apa nak hairan, memang orang jenis ini dan sewaktu dengannya tak boleh dipercaya lagi. Semua nampak cantik didepan tetapi wayang dibelakang. Semua itu permulaan untuk meruntuhkan Bangsa Melayu. Semua harus sedar, ketuanan melayu kita sedang dikikis sedikit demi sedikit.


Siapa yang menjadi ketua perompak ketuanan kita ?

Bangsa kita sendiri yang menunjuk jalan untuk menjatuhkan kita. Boleh pula tersenyum melihat ketuanan dan hak bangsa kita diperlekehkan dan di persoalkan. Jangan hairan jika dalam jangka masa beberapa tahun saja lagi bangsa kita akan menjadi pengemis dinegara sendiri angkara si petualang ini. Pada masa itu, orang melayu sudah tidak ada kuasa lagi, orang melayu menjadi balaci kepada bangsa lain, orang melayu tidak ada keistimewaan lagi, dan yang paling ditakuti Islam bukan lagi jadi agama rasmi.


Mahukah kita melihat anak bangsa kita pada hari mendatang menerima nasib yang malang akibat kebodohan dan kebiadapan petualang ini. Sementara masih ada darah melayu yang mengalir dalam diri kita, sementara masih ada masa ,bersama-samalah kita mempertahan serta mermartabatkan maruah dan kuasa Melayu.


Orang Melayu pantang dicabar, Orang melayu pantang di hina, Orang Melayu pantang di permainkan , Tanah ini milik orang Melayu.


Wednesday, July 15, 2009

Petanda Sihat ?

Bersyukur kepada Allah swt kerana PRK Manik Urai telah selesai dengan aman dan tenang. Walaupun sedikit dicemari oleh insiden baling batu sembunyi tangan keatas Puteri UMNO.
PAS menang tak banyak, BN tewas tipis. Bukti orang melayu sudah mula sedar. Kemenangan PAS pun tidak disambut semeriah sebelum ini. Tiada laungan Takbir memecah didalam dewan selepas keputusan diumumkan. Sikap 'sporting' mula dijelmakan. BN pula menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Undi yang bertambah menunjukan BN mula diterima kembali. Cuma agak terkilan dengan tuduhan dari Husam Musa mengenai BN membeli undi. Pengundi semua bijak, wang bukannya jadi persoalan, hati yang memilih pasti terguris dengan tuduhan tersebut. YB HM harus sedar, masa depan orang melayu ditangan melayu juga. Jangan menjadikan politik murahan sebagai tempat menjual nasib orang melayu. Orang Melayu sudah sedar kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Jangan Pula pemimpin-pemimpin yang angkuh menjadi petualang hanya kerana periuk nasi sendiri. Tiupkan kembali semangat MELAYU yang semakin hari kian pudar.




Tuesday, July 14, 2009

Yang Menang tak menang semua.. Yang kalah tak kalah semua...


Hari ini merupakan detik penentuan PRK Manik Urai, Kelantan. Siapa yang akan mengisi kekosongan DUN tersebut akan terjawab..


Namun begitu, kita harus menerima apa jua keputusan pengundi dengan hati yang terbuka. Jika menang, bukan semua yang kita menang. Jika kalah pun begitu, tak semua kita kalah.


Yang penting, Bangsa Melayu masih lagi dipilih. Yang bertanding orang melayu. Yang memilih pun orang melayu. Yang dipilih adalah terbaik dan yang tak dipilih bukanlah tidak baik.


Keputusan pilihanraya ini harus dijadikan sebagai titik permulaan bagi orang melayu bersatu. Kampen2 politik harus di lupakan seketika. Perkara-perkara yang lepas tidak harus dikenang lagi. Matlamat kita biarlah satu, ISLAM dan MELAYU.


UMNO telah membuktikan keihlasan, PAS pun sudah ada bunga-bunga. PR pula mula berlaga-laga. Ayuh UMNO dan PAS, bersatulah demi masa depan dan kepentingan Orang Melayu -ISLAM.


Monday, July 13, 2009

Melayu majoriti atau Minoriti



"Orang Melayu sekarang tidak lagi boleh mempertahankan diri mereka sendiri; jika mereka bertemu dan bercakap (untuk mempertahankan diri mereka), mereka akan dicop sebagai rasis." - Dr. Mahathir Mohamad



Kenapa bila orang-orang melayu ingin bersatu ada saja halangan dan cabaran yang datang ?

Sedar tak sedar, sebenarnya orang melayu sudah mula mengemis dinegara/tanah air sendiri. Bukan mengemis akibat kemiskinan tetapi disebabkan oleh hak sebagai tuan kepada negara ini mula dihakis sedikit demi sedikit oleh pihak lain.


Perkara ini sepatutnya telah disedari oleh semua orang melayu. Pemimpin-pemimpin politik sudah sedar akan nasib yang menimpa bangsa melayu pada masa akan datang. Tetapi ketamakan kuasa dan kepentingan peribadi menyebabkan perkara ini cuba diselindungkan. Mereka mungkin beranggapan apabila memperolehi kuasa mereka akan kembali memperkukuhkan Bangsa Melayu. Persoalannya, mampukah mereka mengembalikan kuasa Melayu pada ketika itu ? Lihat saha di Singapura, dimana kedudukan orang melayu ? Apa Nasib mereka ? Biadap sungguh pemimpin-pemimpin politik kita memperjudikan nasib bangsa sendiri untuk kepentingan sendiri.


Melayu hari ini harus bangkit dari tidur yang dibuai mimpi indah. Melayu kini harus mengorak langkah mempertahankan hak yang mula dipersenda. Melayu kini harus bersatu. Bersatu kearah kejayaan.

Sunday, July 5, 2009

MENGELIRUKAN RAKYAT


Maksud sebenar ayat 90 surah Al-Nahl :
" Sesungguhnya Allah menyuruh ( kamu ) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kamu kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran ".

Kalau kita bercakap tanpa bukti, kita dituduh jahil, kafir, terpesong akidah, ayah pin dan sebagainya. Maklumlah, kita cuma belajar sekolah rendah kerajaan. Tak masuk sekolah Agama pun. Tapi apa yang peliknya, cerdik pandai agama ni la yang selalu mengelirukan orang. Mana taknya, ayat Al-Quran yang maksudnya panjang di " Rumuskan " mengikut selera / kepentingan mereka.

Maksud yang di "rumus " ada sebenarnya dalam tafsiran tetapi tidak menyeluruh. Kalau orang kedah depa kata " Baca ayat tak habih ". Ini semua punca-punca kesesatan dan kelangkabut yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.

Belum Terlewat


DAP dah tunjuk belang. Sejarah pun sudah membuktikan, DAP adalah pecahan dari PAP ( Singapura ). Semua agenda sama seperti mentornya.


Baru satu kerusi di Kedah dah berani ugut. Jadi tak hairan bin ajaiblah bila keputusan pembangkang di Malaysia ni ada nilai-nilai yang di perjuang oleh DAP.

Dulu sapa yang nak suruh PAS langkah mayat DAP kalau nak tubuh negara Islam ?


MB kedah pun dah mula nampak puak-puak DAP ni dah makin melampau. Tapi nak juga jaga hati puak-puak diatas terpaksa la bagi hujah-hujah lembut sikit. Rasanya kalau di Perak dulu ada orang melayu yang jadi ADUN DAP, pasti MB Perak dari DAP. ( Undang2 negeri nak orang melayu sj jd MB ).


DAP dan kaum-kaum sewaktu dengannya telah mula nak menunjukkan belang. Secara halus masuk jarum untuk menarik orang melayu sokong mereka. Macam-macam cara digunakan, sampai membaca ayat Al-Quran. Orang melayu yang terpengaruh pula bertepuk tangan tanda menyokong. BAHLOL betul Melayu jenis ini. Itu dulu, Sekarang DAP dan sewaktu dengannya dah mula main taktik ugut pula. Kononnya nak membela rakyat. Pergi JAHANAM la dengan taktik tu.


Orang Melayu bila nak sedar ? Nak tunggu kuasa diambil oleh bangsa asing dulu. Segeralah Insaf, jangan kita mengulangi kesilapan generasi kita terdahulu yang membiarkan negara kita dijajah oleh bangsa asing. UMNO pun melayu, PAS pun melayu, PKR pun ada yang melayu. Kalau bersatu pasti DAP dan sewaktu dengannya tidak melampau sangat. Kuasa sebenarnya dimiliki oleh orang melayu.

Thursday, July 2, 2009

Babi Punya Pasal...

Akhirnya Pusat sembelihan Babi di Kedah telah dirobohkan oleh MBAS.
Kesian PAS, teruk dibelasah sekutu rapatnya DAP . Macam mana depa berjanji pun tak tau la. Baru isu Babi dah mula bergaduh. Itu baru isu kecil. Kalau isu besar, pakai hancuq la kata orang kedah.
DAP pun buat apa kecoh-kecoh, kan tempat sembelih tu nak pindah pi Pendang.
Tapi dengaq-dengaq sumber kata PAS saja nak permain DAP saja. Yang di Pendang tu depa tak mau lulus. Depa dah pakat dah dengan Pejabat Daerah Pendang. Dulu nak tunjuk pandai sangat.

Wednesday, July 1, 2009

PERTAHANKAN....

Sebelum 31 Ogos 1957, Malaysia ketika itu di kenali dengan nama TANAH MELAYU. Hanya orang melayu yang menjadi TUAN. Semuanya nampak cantik sebelum di ubah.

British meletakan syarat untuk merdeka iaitu mesti membawa masuk KAUM lain ke TANAH MELAYU barulah boleh merdeka. Mudahnya MELAYU di permainkan. Mulai saat itu, Ketuanan MELAYU mulai di kikis sedikit demi sedikit. Hari-demi hari Hak Keistimewaan MELAYU cuba dikurangkan. SYAITAN berubah menjadi orang alim.

Tidak ada negara yang penduduknya mempunyai satu kaum kecuali TANAH MELAYU. British tidak mahu kuasa MELAYU menjadi kuat lalu mereka membawa masuk orang-orang dari INDIA dan CHINA. Dengan mudah mereka mendapat HASIL keringat MELAYU. HAK Orang MELAYU terpaksa di kongsi dengan kaum lain untuk MERDEKA.

Kini selepas 52 tahun merdeka, kita dapat melihat hanya sedikit lagi sahaja kuasa yang ada pada orang MELAYU. Itupun ke atas perkara-perkara tertentu sahaja. Malang sekali, terdapat juga orang-orang MELAYU yang cuba memperjudikan nasib MELAYU untuk berkuasa dengan membelakangkan kaum sendiri. Bangsa LAIN menunggu masa untuk berkuasa.

Jika orang CINA masih setia dengan negara China, Orang INDIA masih setia dengan negara India. Orang MELAYU pula asyik berbalah sesama sendiri untuk berkuasa. Tidak dinafikan suatu hari nanti TANAH MELAYU akan berkubur dek kerana bangsanya sendiri.

Walaupun Bangsa MELAYU menguasai 55% dari penduduk Malaysia, Tidak mustahil bagi KAUM LAIN yang lebih sedikit berkuasa pada masa hadapan.
SIAPA Boleh menjamin TRAGEDI ini tidak akan berlaku. Jangan kita biarkan anak cucu kita kencing diatas kubur kita suatu hari nanti hanya kerana menyesali nasib mereka akibat perbuatan kita kini.

Semua PEMIMPIN POLITIK MELAYU sedar akan perkara ini. Tetapi akibat EGO , ANGKUH, WANG dan GILA KUASA ada pemimpin MELAYU yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri. Tidur lain bantal, mimpi lain-lain. Tidak seperti BANGSA LAIN, tidur asing-asing, mimpi masih sama. SEDARLAH PEMIMPIN MELAYU.

MELAYU ini hak kita. Siapa lagi yang akan memperjuangkan MELAYU jika bukan Orang MELAYU sendiri. Kita mesti sama-sama berubah sebelum negara kita BERUBAH. Jangan harap Bangsa lain untuk menjamin Keistimewaan yang Orang MELAYU miliki selama ini.

PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU harus sedar dengan SEGERA. Sakit yang sedikit jika tidak diubati segera akan membawa kepada parah. Walaupun agak terlewat, perubahan mesti dibuat segera. Jika tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan. Yang Pahit itu mampu untuk menjadi pengubat.

MELAYU itu KITA, Negara ini milik MELAYU. Pertahankan MELAYU.