Sunday, August 16, 2009

KHIANAT dan DIKHIANATI

Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi topik perbincangan Orang-orang Melayu.
Siapa Anwar Ibrahim ? Tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah ketua pembangkang di Parlimen Malaysia yang dibayar elaun khas untuk mentadbir kumpulan pembangkang kerajaan. Mana ada negara di dunia yang membayar elaun khas kepada Ketua Pembangkang. Hanya Malaysia sahaja berbuat demikian. Harapan hanya satu. Menjadi pembangkang yang bijak dan berguna kepada kerajaan. Tapi malangnya ianya disalahgunakan oleh Anwar Ibrahim. Kerajaan masih lagi disalahkan.

Berbalik kepada topik utama perbincangan orang melayu mengenai khianat Anwar Ibrahim. Anuar Ibrahim bukannya pengkhianat kelas biasa. Khianat beliau boleh membawa kepada keruntuhan ketamadunan melayu. Orang melayu mula membina tamadun sendiri, tetapi terdapat pula seorang petualang yang sanggup melihat keruntuhan tamadun bangsanya sendiri. Amat malang bagi orang-orang melayu kerana pengkhianat ini tidak dapat dihapuskan akibat dilindungi pihak tertentu.

Bukannya Anwar Ibrahim sahaja boleh dikategorikan pengkhianat. Nik Aziz juga pengkhinat melayu dan Islam. Mana tidaknya, apabila orang melayu dan agama Islam di hina dan dipermainkan beliau sekadar melihat dengan mata tertutup. Telinga menjadi pekak dan mulut seperti di kunci. Kenapa ? Nik Aziz ingin menjaga hubungan baik dengan orang yang mengkeji Islam dengan alasan orang itu tidak faham Islam. Bodoh sangatkah orang melayu nak menilai jika alasan tersebut diberikan oleh seorang yang bergelar Ulama kelas pertama.

Mengapa apabila Islam dihina oleh barat Nik Aziz dengan PAS nya berdemontrasi habis-habisan. Tetapi bila dihina oleh Rakan Rakyatnya tiada pula tindakan jalanannya. Dimana orang Islam PAS semua ? Masih menunggu arahan atau diberi arahan membisukan diri.

Orang melayu hari ini senang dihina dan dikhianati keran sikapnya. Orang melayu hari ini lebih suka percayakan pemimpin membuta tuli. Orang melayu hari ini tidak ambil kisah hal orang lain. Orang melayu hari ini terlalu baik kepada bangsa lain. Orang Melayu hari ini sudah semakin hilang kuasa akibat mainan bangsa sendiri.

No comments: