Wednesday, September 9, 2009

DAH TERLEWAT

Tarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus tepung tak berselerak.
Nak tarik semula orang kepada Kerajaan, kena betul-betul jaga hati dan perasaan orang Melayu.
Dikatakan / dipercayai : Ada pihak yang membakar Al-Quran tak diberi liputan pun. Tapi bila orang melayu bawa kepala Lembu diberi liputan besar-besaran. Dah la begitu, nak didakwa pula. Apa bezanya bila orang lain hina Sultan. Dalam Mesyuarat ADUN pula tu ( Perak ). Semua kita masih berlembut. Biarlahhhhh....

Kelembutan tak akan berpihak / tak ada makna lagi kepada Orang Melayu dalam PRU 13. Sekarang dunia ditanam ISLAM itu Pengganas.
Sekarang di Malaysia ditanam FAHAMAN apa Melayu buat adalah PERKAUMAN. Tetapi bila bukan melayu buat bukan perkauman. Dimana keadilan yang dicipta oleh Melayu. Mungkin takut dan terlalu menjaga hati orang lain maka Melayu sendiri terjerat dengan keadilan ciptaannya.

Apa Melayu buat semua angkara UMNO. Orang lain makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya. Kenapa dan mengapa semua orang melayu berbelah bahagi dalam mempertahankan masalah orang melayu. Politik buruk orang melayu, bila ada yang mencari kesilapan lebih banyak daripada mencari kebenaran. Tak habis-habis nak menjadi hero dimasa yang salah.

Mengapa berlaku. Orang UMNO boleh baca akhbar Harakah dan Keadilan. Mengapa orang PAS tidak boleh baca Utusan dan Berita Harian. Mungkin takut mendengar kepada kebenaran. Mungkin apa yang diperkatakan menyakitkan hati.

UMNO atau PAS atau PKR semuanya melayu. Mengapa masih tidak boleh berbincang mengenai nasib melayu. Siapa Najib ? Siapa Hadi ? siapa Anwar ? Semua Melayu.

No comments: