Wednesday, August 19, 2009

LAGI-LAGI BUAT HAL

Bermula dengan kes kematian TBH. Selepas itu Hina Islam. Selepas itu Aksi ciptaan sendiri oleh Pembantu Ronnie, Wong Chuan How bagi mengelakan ditahan SPRM.
Diikuti pula Nik Aziz mengatakan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Kini si Gobalakrisnan pula buat hal.

Berapa banyak lagi skrip yang ditulis pun tidak dapat dipastikan. Setiap isu atau skrip yang timbul pasti akan ditutup dengan skrip baru. Barisan pelakon berderet menanti peluang untuk memperagakan aksi. Menanti tuan pengarah memberikan arahan sahaja.

Rakyat terutamanya penyokong PR pasti sudah banyak bersabar. Banyak berfikir diri mereka terus dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin mereka. Bagi yang tidak sedar, terus membuta tuli menyokong dan terus menyokong.

Sejak membuat kejutan didalam PRU12, PR telah banyak mencipta episod-episod "kejadian " politik yang tidak dapat diterima akal. PR tidak lekang dari mencari publisiti untuk menjatuhkan kerajaan BN yang telah memberikan pelbagai pembangunan kepada negara. Banyak perkara yang terjadi sama ada dirancang atau sengaja diada-adakan. Dan adakalanya menjerat diri sendiri.

Sunday, August 16, 2009

KHIANAT dan DIKHIANATI

Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi topik perbincangan Orang-orang Melayu.
Siapa Anwar Ibrahim ? Tak perlu diperkenalkan lagi. Beliau adalah ketua pembangkang di Parlimen Malaysia yang dibayar elaun khas untuk mentadbir kumpulan pembangkang kerajaan. Mana ada negara di dunia yang membayar elaun khas kepada Ketua Pembangkang. Hanya Malaysia sahaja berbuat demikian. Harapan hanya satu. Menjadi pembangkang yang bijak dan berguna kepada kerajaan. Tapi malangnya ianya disalahgunakan oleh Anwar Ibrahim. Kerajaan masih lagi disalahkan.

Berbalik kepada topik utama perbincangan orang melayu mengenai khianat Anwar Ibrahim. Anuar Ibrahim bukannya pengkhianat kelas biasa. Khianat beliau boleh membawa kepada keruntuhan ketamadunan melayu. Orang melayu mula membina tamadun sendiri, tetapi terdapat pula seorang petualang yang sanggup melihat keruntuhan tamadun bangsanya sendiri. Amat malang bagi orang-orang melayu kerana pengkhianat ini tidak dapat dihapuskan akibat dilindungi pihak tertentu.

Bukannya Anwar Ibrahim sahaja boleh dikategorikan pengkhianat. Nik Aziz juga pengkhinat melayu dan Islam. Mana tidaknya, apabila orang melayu dan agama Islam di hina dan dipermainkan beliau sekadar melihat dengan mata tertutup. Telinga menjadi pekak dan mulut seperti di kunci. Kenapa ? Nik Aziz ingin menjaga hubungan baik dengan orang yang mengkeji Islam dengan alasan orang itu tidak faham Islam. Bodoh sangatkah orang melayu nak menilai jika alasan tersebut diberikan oleh seorang yang bergelar Ulama kelas pertama.

Mengapa apabila Islam dihina oleh barat Nik Aziz dengan PAS nya berdemontrasi habis-habisan. Tetapi bila dihina oleh Rakan Rakyatnya tiada pula tindakan jalanannya. Dimana orang Islam PAS semua ? Masih menunggu arahan atau diberi arahan membisukan diri.

Orang melayu hari ini senang dihina dan dikhianati keran sikapnya. Orang melayu hari ini lebih suka percayakan pemimpin membuta tuli. Orang melayu hari ini tidak ambil kisah hal orang lain. Orang melayu hari ini terlalu baik kepada bangsa lain. Orang Melayu hari ini sudah semakin hilang kuasa akibat mainan bangsa sendiri.

Sunday, August 9, 2009

DAP MAKIN BIADAP







Nah !!! DAP sekali lagi menunjukan kebiadapan.


ISLAM dan MELAYU sekali lagi di F###### oleh Ketua Pemuda DAP.


Dimana kuda2 tunggangan DAP ( PAS & PKR ) dalam isu ini. Apa pula penjelasan yang Tuan Guru nak beri selepas ini. Mungkin apa yang akan diulas oleh Tuan Guru berbunyi " UMNO Putar belit " kenyataan Pemuda DAP.


Kita perlu insaf, selagi ada Melayu yang Memakan daging Melayu sendiri, selagi itulah puak2 DAP jadi semakin kurang ajar. Jangan tunggu sehingga Emosi orang2 melayu meluap. Masa itu baru nak menyesal.



Monday, August 3, 2009

TAK BERTEMPAT

ISA tak relevan ?
Tak sedarkah bahawa dengan ISA banyak perkara2 yang mendatangkan kecelaan kepada negara Malaysia telah berjaya ditangani.

Tak sedarkah bahawa ISA banyak mempertahankan hak2 Melayu.

Siapa yang kuat membantah ISA ?
Pemimpin2 bukan melayu banyak menyuarakan bantahan terhadap ISA.
Tetapi siapa yang berdemontrasi ?
Orang melayu yang banyak berdemontrasi.

Persoalan2 diatas tidak pernah difikir oleh "Otak" pembangkang dan orang melayu yang jahil terhadap nasib bangsa suatu hari nanti.

Demontrasi tak bertempat yang dianjurkan baru2 ini amat mendukacitakan rakyat negara ini. Demontrasi dibuat bukannya menuntut kepada keadilan tetapi lebih kepada mempertahankan "individu " tertentu. Perlu diingat ! negara ini ada undang2. Undang2 tidak mengenal pangkat atau status sesiapa.
Kenapa harus takut jika tidak melakukan kesalahan. Jika benar ISA itu kejam @zalim, buktikan berapa orang yang mati akibat kekejaman @kezalimannya.

Monday, July 27, 2009

HARAPAN atau MAINAN


Lega sungguh rasanya bila TGNA menyuarakan agar Orang melayu melupakan sengketa. Saranan beliau agar bersatu amat dialu-alukan.

Tetapi dalam kelegaan orang melayu ini, tidak terselindung juga dengan keraguan terhahap sikap TGNA. Adakah ianya hanya sekadar mainan politik atau timbul daripada kesedaran hati nurani beliau. Sebenarnya orang2 melayu sedikit bingung dengan telatah TGNA. Mana tidaknya, sekejap OK, sekejab tak OK.

Harap2 kali ini TGNA betul2 ikhlas dalam memperkatakan tujuannya.


Terlintas difikiran mengenai cerita Si gembala kambing dan serigala.

Si gembalai kerap kali mempermainkan orang kampung mengatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Bila orang2 kampung datang hendak menolong, rupanya si gembali cuma menipu. Satu hari kambing2 si gembala betul2 dimakan oleh serigala. Si gembala meminta tolong dari orang2 kampung. Tetapi pada masa itu semuanya sudah terlambat. Orang2 kampung tidak lagi percaya kepada si gembala. Orang2 kampung merasakan si gembala sekadar hendak mempermainkan mereka.


Moral of the story, jangan pula TGNA nak mengadaptasikan cerita si gembala dan serigala dalam politiknya.

Sunday, July 19, 2009

Murahnya Melayu


Murahnya gadis-gadis melayu.
Gadis-gadis melayu di dagangkan dengan semurah-murahnya. Itu baru gadis melayu yang sudah diketahui Jahil dan Songsang. Beginilah nasib orang melayu pada masa akan datang jika Ketuanan Kita tidak dipertahankan.
Berapa nilai kita orang Melayu dari kaca mata orang lain?
Di Mana maruah kita sehinggakan kita tidak boleh bersatu untuk kepentingan kita sendiri.

Boleh Jalannnn...


Dah mula dah.... Dulu sewaktu ada jawatan dalam kerajaan semuanya elok, semuanya betul. Tapi bila jawatan dah tak lekat kerajaan ni di tuduh macam-macam.


Siapa sangka kalau sebelum ini cukup taksub kepada BN, tapi hari ini kata Dasar PKR adalah sejiwa dengannya. Nampak sangat bahawa kedudukan atau pangkat menjadi keutamaan sepertimana Mentornya.


Apa nak hairan, memang orang jenis ini dan sewaktu dengannya tak boleh dipercaya lagi. Semua nampak cantik didepan tetapi wayang dibelakang. Semua itu permulaan untuk meruntuhkan Bangsa Melayu. Semua harus sedar, ketuanan melayu kita sedang dikikis sedikit demi sedikit.


Siapa yang menjadi ketua perompak ketuanan kita ?

Bangsa kita sendiri yang menunjuk jalan untuk menjatuhkan kita. Boleh pula tersenyum melihat ketuanan dan hak bangsa kita diperlekehkan dan di persoalkan. Jangan hairan jika dalam jangka masa beberapa tahun saja lagi bangsa kita akan menjadi pengemis dinegara sendiri angkara si petualang ini. Pada masa itu, orang melayu sudah tidak ada kuasa lagi, orang melayu menjadi balaci kepada bangsa lain, orang melayu tidak ada keistimewaan lagi, dan yang paling ditakuti Islam bukan lagi jadi agama rasmi.


Mahukah kita melihat anak bangsa kita pada hari mendatang menerima nasib yang malang akibat kebodohan dan kebiadapan petualang ini. Sementara masih ada darah melayu yang mengalir dalam diri kita, sementara masih ada masa ,bersama-samalah kita mempertahan serta mermartabatkan maruah dan kuasa Melayu.


Orang Melayu pantang dicabar, Orang melayu pantang di hina, Orang Melayu pantang di permainkan , Tanah ini milik orang Melayu.