Sunday, July 19, 2009

Boleh Jalannnn...


Dah mula dah.... Dulu sewaktu ada jawatan dalam kerajaan semuanya elok, semuanya betul. Tapi bila jawatan dah tak lekat kerajaan ni di tuduh macam-macam.


Siapa sangka kalau sebelum ini cukup taksub kepada BN, tapi hari ini kata Dasar PKR adalah sejiwa dengannya. Nampak sangat bahawa kedudukan atau pangkat menjadi keutamaan sepertimana Mentornya.


Apa nak hairan, memang orang jenis ini dan sewaktu dengannya tak boleh dipercaya lagi. Semua nampak cantik didepan tetapi wayang dibelakang. Semua itu permulaan untuk meruntuhkan Bangsa Melayu. Semua harus sedar, ketuanan melayu kita sedang dikikis sedikit demi sedikit.


Siapa yang menjadi ketua perompak ketuanan kita ?

Bangsa kita sendiri yang menunjuk jalan untuk menjatuhkan kita. Boleh pula tersenyum melihat ketuanan dan hak bangsa kita diperlekehkan dan di persoalkan. Jangan hairan jika dalam jangka masa beberapa tahun saja lagi bangsa kita akan menjadi pengemis dinegara sendiri angkara si petualang ini. Pada masa itu, orang melayu sudah tidak ada kuasa lagi, orang melayu menjadi balaci kepada bangsa lain, orang melayu tidak ada keistimewaan lagi, dan yang paling ditakuti Islam bukan lagi jadi agama rasmi.


Mahukah kita melihat anak bangsa kita pada hari mendatang menerima nasib yang malang akibat kebodohan dan kebiadapan petualang ini. Sementara masih ada darah melayu yang mengalir dalam diri kita, sementara masih ada masa ,bersama-samalah kita mempertahan serta mermartabatkan maruah dan kuasa Melayu.


Orang Melayu pantang dicabar, Orang melayu pantang di hina, Orang Melayu pantang di permainkan , Tanah ini milik orang Melayu.


No comments: