Wednesday, July 1, 2009

PERTAHANKAN....

Sebelum 31 Ogos 1957, Malaysia ketika itu di kenali dengan nama TANAH MELAYU. Hanya orang melayu yang menjadi TUAN. Semuanya nampak cantik sebelum di ubah.

British meletakan syarat untuk merdeka iaitu mesti membawa masuk KAUM lain ke TANAH MELAYU barulah boleh merdeka. Mudahnya MELAYU di permainkan. Mulai saat itu, Ketuanan MELAYU mulai di kikis sedikit demi sedikit. Hari-demi hari Hak Keistimewaan MELAYU cuba dikurangkan. SYAITAN berubah menjadi orang alim.

Tidak ada negara yang penduduknya mempunyai satu kaum kecuali TANAH MELAYU. British tidak mahu kuasa MELAYU menjadi kuat lalu mereka membawa masuk orang-orang dari INDIA dan CHINA. Dengan mudah mereka mendapat HASIL keringat MELAYU. HAK Orang MELAYU terpaksa di kongsi dengan kaum lain untuk MERDEKA.

Kini selepas 52 tahun merdeka, kita dapat melihat hanya sedikit lagi sahaja kuasa yang ada pada orang MELAYU. Itupun ke atas perkara-perkara tertentu sahaja. Malang sekali, terdapat juga orang-orang MELAYU yang cuba memperjudikan nasib MELAYU untuk berkuasa dengan membelakangkan kaum sendiri. Bangsa LAIN menunggu masa untuk berkuasa.

Jika orang CINA masih setia dengan negara China, Orang INDIA masih setia dengan negara India. Orang MELAYU pula asyik berbalah sesama sendiri untuk berkuasa. Tidak dinafikan suatu hari nanti TANAH MELAYU akan berkubur dek kerana bangsanya sendiri.

Walaupun Bangsa MELAYU menguasai 55% dari penduduk Malaysia, Tidak mustahil bagi KAUM LAIN yang lebih sedikit berkuasa pada masa hadapan.
SIAPA Boleh menjamin TRAGEDI ini tidak akan berlaku. Jangan kita biarkan anak cucu kita kencing diatas kubur kita suatu hari nanti hanya kerana menyesali nasib mereka akibat perbuatan kita kini.

Semua PEMIMPIN POLITIK MELAYU sedar akan perkara ini. Tetapi akibat EGO , ANGKUH, WANG dan GILA KUASA ada pemimpin MELAYU yang sanggup menggadai maruah bangsa sendiri. Tidur lain bantal, mimpi lain-lain. Tidak seperti BANGSA LAIN, tidur asing-asing, mimpi masih sama. SEDARLAH PEMIMPIN MELAYU.

MELAYU ini hak kita. Siapa lagi yang akan memperjuangkan MELAYU jika bukan Orang MELAYU sendiri. Kita mesti sama-sama berubah sebelum negara kita BERUBAH. Jangan harap Bangsa lain untuk menjamin Keistimewaan yang Orang MELAYU miliki selama ini.

PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU harus sedar dengan SEGERA. Sakit yang sedikit jika tidak diubati segera akan membawa kepada parah. Walaupun agak terlewat, perubahan mesti dibuat segera. Jika tersilap langkah kembalilah ke pangkal jalan. Yang Pahit itu mampu untuk menjadi pengubat.

MELAYU itu KITA, Negara ini milik MELAYU. Pertahankan MELAYU.

No comments: