Wednesday, July 15, 2009

Petanda Sihat ?

Bersyukur kepada Allah swt kerana PRK Manik Urai telah selesai dengan aman dan tenang. Walaupun sedikit dicemari oleh insiden baling batu sembunyi tangan keatas Puteri UMNO.
PAS menang tak banyak, BN tewas tipis. Bukti orang melayu sudah mula sedar. Kemenangan PAS pun tidak disambut semeriah sebelum ini. Tiada laungan Takbir memecah didalam dewan selepas keputusan diumumkan. Sikap 'sporting' mula dijelmakan. BN pula menerima kekalahan dengan hati yang terbuka. Undi yang bertambah menunjukan BN mula diterima kembali. Cuma agak terkilan dengan tuduhan dari Husam Musa mengenai BN membeli undi. Pengundi semua bijak, wang bukannya jadi persoalan, hati yang memilih pasti terguris dengan tuduhan tersebut. YB HM harus sedar, masa depan orang melayu ditangan melayu juga. Jangan menjadikan politik murahan sebagai tempat menjual nasib orang melayu. Orang Melayu sudah sedar kemungkinan yang akan berlaku pada masa hadapan. Jangan Pula pemimpin-pemimpin yang angkuh menjadi petualang hanya kerana periuk nasi sendiri. Tiupkan kembali semangat MELAYU yang semakin hari kian pudar.




1 comment:

Anonymous said...

sakan editor baru ni...