Wednesday, June 24, 2009

SIAPA MAIN WAYANG



Siapa main Wayang sebenarnya ? Nak kata siapa salah sebenarnya. sebagai orang yang mempunyai fikiran yang waras, kita tentunya dapat menilai dan melihat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Kalau dulu, TGHA mencetuskan idea kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO, hari ini TGHA sendiri menafikan malah menuduh UMNO sengaja memfitnah dan memutarbelitkan Kebenaran. Kita sendiri pun tidak faham mengapa tangan yang dihulur tiba-tiba ditarik balik.

Semua rakyat menantikan perdamaian, permuafakatan serta perpaduan dijalin antara sesama umat melayu @ Islam. Di bandar, desa, dan seluruh pelusuk negara menantikan peristiwa bersejarah ini berlaku. Tetapi ada pula tangan-tangan kotor dan lidah bercabang yang menjadi penghalang.

Bukan UMNO yang menghulur tangan dan mencetuskan idea. TGHA @ PAS yang memulakan, UMNO cuma menyambut. Tetapi malang menimpa UMNO, nyiru yang ditadah dimasukan racun. Mana tidaknya, demi menjaga hubungan yang penuh LAKONAN, PAS terpaksa memburukan UMNO sekali lagi. UMNO pula dituduh pendusta, sengaja memfitnah untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat

Semua orang PAS tahu, Semua orang UMNO tahu, Semua Rakyat tahu.

Siapa dibelakang PAS, siapa yang mendesak PAS, Siapa yang mengugut PAS.

Lihat saja semasa sidang akhbar, Siapa dibelakang Presiden PAS. Mana pemimpin-pemimpin PAS yang lain ?


Fikir-fikirlah ....

1 comment:

Anonymous said...

silap umno gak,yg dok p layan sapa suruh.org gila kalau kita p layan,org x kata kat org gila tu tp org akan kata kita yg gila.jd,x payah dah susah2 dah nak wat baik dgn kaum puak pas atau sekutu depa.pakat perbaik sendiri parti keramat umno kita,nak campoq depa wat pa.